Luna Maya

Penunggang kelima dalam kemalangan motosikal meninggal dunia sebentar tadi. Salam takziah buat keluarga

GEORGE TOWN – Tiga penunggang motosikal dilaporkan maut dalam kejadian kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu menghala ke pusat bandar di sini.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Ketiga-tiga mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada badan dan kepala kira-kira pukul 5 pagi hari tersebut.

Bagaimanapun, dua penunggang motosikal lagi dilaporkan mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Kesemua mereka dikatakan berusia dalam lingkungan 20-an selain dua daripadanya merupakan adik-beradik.

Ketika ini, ramai sanak-saudara dan kenalan mangsa berkumpul di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang.

Maklumat lanjut berhubung kejadian berlaku akan menyusul sebentar nanti.

Menjengah ke laman facebook MamuJarum, dikatakan identiti ketiga-tiga penunggang tersebut telah dikenal pasti.

Antara reaksi netizen :

“Mati itu pasti….kita pilih lah kita nk kematian tu mcmna insyaallah kita merancang allah sebaik2 menentukn……al fatihah……semoga allah tempatkn mereka2 bersama2 dgn org yg beriman dri apa kebaikn mereka yg lepas2….amin” – Pokchan

“Harap sgt semua dlm ni kalau ada yg nak comment tolong la jaga kata kata jaga perasaan keluarga arwah…. Salah sorsng arwah tu adik dia pun baru ja meninggal tahun ni bulan 3 dan sekarang abang dia..saya mohon jaga la kata2 kita…. Terima kasih semua” – Emilia

“Lebih pada kesian kat ibubapa depa ini la..ssh pyh bg bsq tba2 meninggal dlm keadaan tragik mcm ni..emm..moga menjadi iktibar utk yg lain la..xda faedah pun buat benda2 mcm ni..takat kepuasan dri ni byk benda lain blh buat.. innalillah wa innailaihi rojiun..” – Nur Faiz

“Salam Takziah. Insaflah wahai anak2 muda yg kaki lumba. Ingatlah orang tua kat umah yg menjaga kamu dari kecil hingga dewasa. Sayanglah nyawa2 anda. Sekadar nasihat…” – YusRi

Penunggang kelima meninggal dunia

Georgetown: Mangsa kelima kemalangan motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, meninggal dunia, 2.15 petang, hari ini.

Mangsa, Mohd Haziq Harris, 34, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Pada masa ini, ahli keluarga sedang berkumpul di Jabatan Perubatan Forensik HPP bagi urusan bedah siasat.

Bapa mangsa, Harris Shariff, 71, ketika ditemui berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anaknya.

Dalam kejadian awal pagi kelmarin, empat maut selepas motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan termasuk kereta.

Tiga mangsa maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menierima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Reda pemergian arwah

Katanya, sebelum ini dia tidak rapat dengan Mohd Haziq namun abangnya menunjukkan sikap penyayang sejak kebelakangan ini.

“Dulu dia hanya ‘buat hal’ sendiri, namun kebelakangan ini, kami menjadi rapat dan dialah tempat saya mengadu semua masalah atau jika ingin bercerita.

“Kami sekeluarga selalu menasihatinya supaya berhati-hati ketika menunggang motosikal tetapi tidak sangka nyawanya melayang dalam insiden itu,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik HPP, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 4.40 pagi itu, tiga penunggang motosikal maut dilokasi manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di HPP.

Ia menjadikan keseluruhan lima yang maut dalam nahas itu manakala dua lagi masih dirawat di hospital yang sama.

Sementara itu bapa, Harris Shariff, 71 berkata, kali terakhir dia bertemu dengan anak ketiganya itu ialah pada jam 11.30 malam sebelum kejadian dan Mohd Haziq membeli beberapa keperluan dapur.

Katanya, ketika itu dia menasihati Mohd Haziq supaya tidak keluar bersama rakannya pada malam minggu berkenaan.

“Selepas itu dia keluar rumah dengan menaiki motosikal milik abangnya dan beritahu mahu keluar sekejap sahaja.

“Memang hancur hati saya bila mengetahui dia terbabit kemalangan dan cincin yang dibeli kepada saya beberapa bulan lalu akan menjadi kenangan.

“Jika sudah ajal, cepat atau lambat tiada sesiapa pun yang mampu menghalangnya,” katanya lagi.

Jenazah mangsa akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam berhampiran Permatang Tok Elong, Bukit Mertajam.

Tonton Video :

Sumber Kosmo, Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *