Tiada angin tiada ribut, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri berkuat kuasa serta-merta hari ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan berkuat kuasa serta merta.
Dalam satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pelantikan itu akan dapat membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat.
Ini dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.
Katanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.
“Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai Ismail Sabri.
“Di samping itu, Perdana Menteri bersetuju Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara,” katanya hari ini.
Kenyataan itu turut memaklumkan, kedua-dua pelantikan itu telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta-merta.
Katanya, adalah diharapkan pelantikan itu akan meningkatkan lagi keupayaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemik Cvid-19.
Memperkuatkan perpaduan dalam kalangan parti-parti yang membentuk kerajaan dan memperkukuhkan Kerajaaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti..
“Pejabat Perdana Menteri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ismail Sabri dan Hishammuddin di atas pelantikan ini,” katanya
Dafi Tumpang Bangga
Menurut laporan Harian Metro, anak kepada Ismail Sabri iaitu penyanyi Dafi sekali gus meluahkan dan bangga dengan pelantikan tersebut.
Selain terus menyokong amanah yang dipikul bapanya untuk negara.
“Saya tumpang gembira dengan pelantikan ini. Sebagai anak saya sangat berbangga dengan setiap kejayaan yang beliau terima selama berkecimpung dalam bidang politik.
“Saya akan sentiasa memberikan sokongan penuh kepadanya.
Kita semua tahu yang dunia politik ini adalah minat utamanya,” kata penyanyi berusia 33 tahun itu.
Penyanyi lagu Bila Terasa Rindu itu berkata, dia melihat sendiri penat lelah bapanya selama ini serta berharap agar Ahli Parlimen Bera itu menggalas tugas dengan baik dan cemerlang.
“Saya tahu dia suka dengan kerjanya, tapi saya juga kasihan melihat keadaan dirinya yang penat bekerja.
Tambahan pula tidak semua orang betul-betul menghargai apa yang dia lakukan.
“Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana faham keadaan sekarang orang ramai yang tertekan serta ada sesetengah yang tidak sependapat dengannya.
“Namun, perkara ini sudah menjadi asam garam dan sebahagian daripada kerjayanya,”
Ujar bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu.
Selain Ismail yang juga kekal sebagai Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik menjadi Menteri Kanan Luar Negeri serta akan mengetuai Kluster Keselamatan negara.
Sebagai rujukan, Ismail Sabri memeganga 4 jawatan utama – TPM, Menteri Pertahanan, Ahli Parlimen, Naib Presiden Umno.
Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)