Luna Maya

“Smpai hati buat lstri aku mcm org gaji”, lstri call ngis mnjrit. Mlm tu jugak aku naik flight blk rmh mak ambil lstri aku

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Setiap orang mengimpikan penerimaan isteri atau suami di sambut baik dalam keluarga sendiri. Namun tidak semua yang bernasib baik. Tular di laman sosial, Melalui laman Fb KRT ,seorang suami berkongsi kisah isterinya yang mendapat layanan yang tidak sepatutnya dirumah keluarganya sendiri. Ikuti perkongsiannya dibawah.

Assalamualaikum. Kisah bermula bila ayah dengan mak aku asyik call cakap rindukan cucu2. Aku ada dua orang anak. Masih kecil sorang 3 thn sorang 1 thn 4 bulan.

Disebabkan isteri dah suri rumah maka, dia setuju untuk balik kg paling lama dua minggu. Seminggu rumah family dia, seminggu rumah family aku. Aku dapat teman kat kampung hanya 3 hari.

Bila dia dengan anak2 bermalam di rumah family aku. Dekat sinilah yang berlaku macam2. Rumah aku ada adik bongsu perempuan, lps abg aku dengan bini dia, lps mak ayah aku.

2 orang kakak aku dh kahwin, duduk asing2 tapi hari2 dtg lepak kat rumah mak ayah. Isteri aku cakap hari pertama semua okay, masuk hari ke dua dah nampak terang2.

Kakak2 aku dtg rumah pkul 1 tgh hari ,dan2 isteri aku dah siap masak tgh hari. Sebab dorang tahu rutin isteri pkul 12 dah start masak sebab anak2 aku memang mkn tgh hr antara pkul 12 lebih ke 1 tgh hari.

Datang2 terus masuk dapur bawak anak2 dorang g mkn. Belum kira lagi adik aku yang tidur xbgn2. Maklum lah nak cuti sekolah masa tu.

Sekali dengan bini abg aku, keluar bilik bila semua dah siap masak. Dah mkn tak kemas meja. Nak2 isteri aku ada sikap OCD lagi diambil kesempatan.

Mcm mana ye aku nak explain, aku rasa isteri aku dipergunakan. Mak ayah aku pum takde tegur perangai anak2 dia yang lain. Betullah isteri aku tu suri rumah tapi dia pum penat.

Memanglah dah biasa buat semua kerja tu tapi fahamlah kalau kat rumah kami, dia boleh relaks sebab ada anak2 dengan aku. Ini satu rumah ramai mulut, tapi yang buat kerja satu orang.

Belum kira lagi anak2 aku tgh menangis takde orang pergi tengok. Mak ayah aku pulak kerja meniaga. Pagi2 dah keluar, tgh hari blk baru main cucu.

Isteri aku lah yang bangun sebelum subuh siapkan semua. Masuk hari ke 4 isteri aku call menagnis2 cakap nak balik rumah family dia atau nak balik terus kat tempat aku.

Ya, aku memang terkejut sebab boleh dorang layan isteri aku macam tu. Memang sebelum ni dorang malas jugak tapi bila aku ada, aku tolong skit2 then aku tegur adik dengan kakak aku mintak tolong sekali bila isteri buat kerja.

Malam tu jugak aku blk dengan flight kat kampung. Aku sampai rumah mak ayah aku terus aku suruh isteri aku packing brg2.

Aku sewa kereta kat kg, bawak anak2 isteri jumpa family dia dulu lepas tu terus balik kat bandar pada mlm tu jugak.(lps pulangkan kereta sewa, aku blk dengan flight jugak lah)

Apa yang berlaku masa aku sampai tu cukup menyedihkan lah. Dengan raut muka keletihan, nampak muka tak happy. Aku sampai kat rumah masa tu pkul 10 mlm.

Masa tu akak2 aku ada lagi kat rumah tu. Aku terus cakap, sampai hati buat bini aku macam orang gaji. Ada lah beberapa ayat yang agak menyakitkan aku bila aku ingat.

Aku ajak mak ayah aku ikot aku ke bandar stay rumah aku seminggu dua kalau betol nk main2 dengan cucu2 kan tapi dorang taknak sebab nak meniaga.

Akak2 aku siap cakap aku terlalu syang kan isteri, percaya cakap isteri dan macam2 lg lah. Aku memang berjauh hati.

Mungkin pada yang tinggalkan komen2 kat post awal aku tu, xtahu cerita sebenar. Tu yang bg ayat kondem try hard,kenapa nak jadik babun orang semua. Susah nak explain bila kita tak berada kat situasi tu.

Kdg2 terpikir berbaloi ke bergduh dengan adik beradik sebab isteri?? kalau difikirkan balik, bagi aku BERBALOI.

Sebab aku tahu isteri aku macam mana, susah payah dia, dia berhenti kerja sebab nak jaga anak2 dengan rumah tangga.

Tp syang orang terdekat gunakan alasan surirumah sebagai tiket untuk kepentingan sendiri.

Bukan nk bukak aib keluarga aku sendiri tapi aku sebagai suami agak tercalar eg0 bila adik beradik sendiri layan isteri macam ni.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan dan meyakitkan hati pembaca, baca perkongsian di bawah

Ye, akulah Alia, orang gaji di rumah ku sendiri. Actually bukan rumah sendiri, rumah sewa je pon. Siapa lah yang sanggup duduk dalam rumah yang bersepah kan. Kalau bukan aku, siapa lagi yang nak kemas rumah kan.

Kalau dulu tak apa lah, tak ada yang nak aku rungutkan. Tapi sekarang macam2 benda yang aku nak luahkan. Sebab apa? Sebab dulu aku stay dengan suami dan anak aku je. Tapi sekarang abang dengan kakak ipar aku menumpang dekat rumah ni.

Aku cuma lah surirumah yang menjalankan bisnes kecil-kecilan (buat kuih, tumpang jual dekat kedai orang).

Anak aku baru masuk 1 tahun dan suami aku pula seorang yang selalu outstation atas urusan kerja. Jadinya banyak masa aku tinggal berdua je dengan anak aku dekat rumah.

Nak dijadikan cerita, rumah abang dengan kakak ipar aku hangus dijilat api 6 bulan yang lepas. Time tu pulak kakak ipar aku tengah dalam fasa berpantang dan abang aku baru je berhenti kerja akibat salah faham dengan bos. Apa yang menyedihkan, mereka tak ada savings untuk hadapi situasi masa tu.

Masa tu kan kakak ipar aku tengah berpantang, jadi aku anggaplah bila jadi macamtu akan ada adik-beradik dia nak offer tumpang duduk rumah dorang buat sementara waktu (family kakak ipar aku ramai yang stay dekat2). Tapi malangnya tak ada pon antara dorang yang nak bagi tumpang rumah dengan macam2 alasan.

Jadi, disebabkan kesian dekat dorang, aku minta izin suami aku untuk ajak dorang tinggal dengan kami buat sementara waktu memandangkan suami aku jarang ada di rumah dan rumah kami pon ada 2 bilik kosong (1 untuk dorang tidur, 1 untuk letak barang dorang). Aku cuma dua beradik je dengan abang aku dan kami tinggal di negeri yang sama.

Kalau ikutkan sekarang dah masuk hampir 4 bulan dorang tumpang rumah kami dan bermakna dah habis lah tempoh berpantang kakak ipar aku.

Dan, dah hampir 4 bulan suami aku menanggung makan minum dorang tanpa minta sesen pun. Niatnya untuk bagi abang aku jimat cermat dan kumpul duit untuk cari rumah sewa sendiri.

Aku tak pasti sampai bila dorang nak duduk sini tapi aku fahamlah keadaan dorang sebab abang aku sorang je yang bekerja 12 jam dengan gaji bawah 2k. Suami aku pun belum bersuara apa pun pasal hal ni.

Mungkin paling lama pon setahun lah kot kami boleh bagi tumpang. (Jahat ke?). Maklumlah kami pun nak privasi sendiri, nak kumpul duit jugak (bila bertambah ahli rumah, bil api air dan belanja dapur pon meningkat).

Yang menjadikan hati aku panas sekarang ni sebab aku ni dah macam bibik dorang pon ada. Kalau dulu aku faham lah yang kakak ipar aku tengah berpantang dan dalam fasa nak sembuh.

Tapi anak dia sekarang dah nak masuk 4 bulan kot, tak kan tak habis pantang lagi kan. Kerja dia duk terperap jela dalam bilik tu (abang aku pasang tv 2nd dalam bilik).

Pagi2 aku lah sorang2 bertukang nak buat sarapan dekat dapur, dia tak bangun2 lagi sampai tengahri sedangkan abang aku masuk kerja pkul 10pagi.

Lepas dia bangun tahu pula nak cari makan isi perut then siapkan baby dia. Rumah ni kalau 10 tahun aku tak pegang penyapu tak pegang mop, 10 tahun tulah rumah aku berhabuk berpasir.

Bilik air tu, kalau bukan aku yang memberus mencuci, sampai kiamat lah berkeladak sana sini. Nak memasak lagi lah haru bila anak aku nak berdukung je.

Malam pulak abang aku akan sampai ke rumah lebih kurang pkul 10.30 malam dan kebiasaanya aku dan anak aku akan masuk tidur awal pkul 10 malam.

Sepatutnya waktu2 tu dia kena lah siap sedia untuk bukak pintu sambut suami dia balik (aku akan kunci selak sebelah dalam bila malam untuk keselamatan). Ini tak, aku yang tengah sibuk susukan anak jugak yang kena bangun bukakan pintu, dia tengah terbongkang. Geram semua ada.

Aku tak faham apa masalah dia. Mungkin sebab ada tv dalam bilik, tu yang dia malas nak lepak dekat ruang tamu. Keluar bilik pon bila nak pergi dapur buatkan susu anak dia atau nak makan atau nak mandi je.

Hampeh betul. Aku ni nak bersuara risau dia kecil hati, nanti kang dia pikir aku ni nak menfhalau dia, tak faham keadaan dia dengan anak kecik (masalahnya anak aku pun kecik jugak).

Takut tak pasal2 bergduh pulak dengan abang aku, kang kalau dorang nak keluar dari rumah ni dorang nak merempat dekat mana, dorang bukan ada duit pon nak sewa rumah (mak kakak ipar aku tinggal dengan abang dan kakak ipar dia, mak ayah aku pulak jauh di utara).

Ok lah, mungkin dia sibuk dengan anak dia kan. Tapi masalahnya, bila abang aku offday, perangai dia sama je tak berubah. Boleh pulak dorang keluar berjalan dari petang sampai ke malam biarkan aku dengan anak aku terkapai2 dekat rumah bila suami aku tak ada.

Patutnya bila abang aku offday lah dia patut ambil alih tugas aku dekat rumah ni bagi aku pulak peluang nak ber’me’time kan? Ni dekat fb bukan main share ayat2 baik ayat2 konon isteri mithali bagai tapi hakikatnya taik.

Aku hanya mampu mengadu je dekat suami aku. Aku penat lah macamni. Kadang2 aku lepaskan kemarahan dekat suami aku, kadang2 dekat anak aku.

Sedih aku. Kalau aku halau kang rasa zalim pulak. Tapi yang menumpang tu pulak jadi macam tuan rumah, Benci. Rasa nak cekik je.

Tolonglah doakan supaya hati kakak ipar aku tu dilembutkan untuk tolong aku buat kerja rumah.

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Azizah Aziz, Respect dgn kamu. Ssh nk jumpa suami yg percaya kate² isteri. Yg selalu ade. Awak pandai² jee ckp. Tuu biasa… Klu isteri sanggup berhenti keja demi keluarga maka suami pun harus bertimbang rasa. Alhamdulillah kamu dh buat yg terbaik utk isteri.

Salmiah Samad, Bgus tindakan laki mcn tu sebenar laki nya lebih tahu perangai klrga nya mcn na hendak x nk aje Bela isteri mcn laki aku lh tahu perangai klrga nya teruk tetap juga diam diri mcn tunggul kayu skrg x lagi ssb aku pun x blik lgi kg nya tu..abis citer ..

Sakinah Kiena, Suami sya sgup suruh sya telan ja semuaa, janji jgn skitkan hati keluarga Nya, sekalipon tu adik dia SENDIRI, dia lebih sgup jaga hati semua ahli klurga nya daripada saya.
tapi bila balik kampong sya, mama sya mara sya pula klw tidak layan makan suami dgn baik,

mak sya phm, menantu ni pemalu nak ckp lapar apa2 ,dia akn suruh sya siap tu ini, laki cuma duduk makan jer, tapi belah suami lain skit, biasa la manusia x sempurna, tapi klw igt balik, bebekas bekas juga la dlm hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published.