Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kepada emak mertuaku H..
Ini coretan hatiku selepas anak lelakimu menjatuhkan talaknya dan sempena hari penghabisan Iddahku.
Emak,
Emak memang emak yang cukup sayangkan anak dan tidak boleh melihat kesusahan anak walaupun sekelumit pun.
Memang saya bukan menantu pilihan, berdasarkan saya tidak bekerja tetap dan emak tidak tahu yang bekas menantumu ini adalah lulusan master di UK.
Rumah yang anak emak duduk itu rumah saya, kereta yang anak emak bawa emak pergi jalan jalan itu adalah kereta saya.
Ya, saya halang dia untuk berterus terang kerana maruah suami saya perlu jaga. Lagipun pasti emak rasa janggal sekiranya emak bertandang ke rumah menantu, bukan rumah anak emak sendiri.
Saya sayangkan emak, dan saya sayangkan suami waktu itu. Setiap kali emak datang, ada sahaja tidak kena.
Emak tengking saya bila saya ingin renovate rumah kononnya tidak bersyukur rumah yang suami sediakan.
Emak buang masakan saya kerana kononnya masakan saya ini menambah penyakit anak emak.
Duhai emak, kerana mulut saya ini ringan kononnya ingin menjaga emak dek kerana sakit, saya menjadi hamba dirumah sendiri.
Selama 5 bulan kami berkahwin emak sudah heboh mengatakan saya ini mandul. Habis semua ipar duai mengata saya dan bila saya enggan balik kampung, emak hamburkan kata kesat kepada saya.
Tahukah emak disaat itulah saya baru keguguran kerana terlalu stress dengan sikap family mertua.
Ya silap saya kerana saya banyak pendam. Saya banyak menjaga hati semua orang, maruah suami sehingga diri saya tergadai dan depresi.
Setiap bulan emak dapat duit belanja RM700 dari suami. Rmak ku sayang, emak tahu tak berapa gaji sebagai pembantu perubatan setiap bulan?
Bila suami belikan emas sebagai hadiah, emak merajuk balik kampung sampai enggan bercakap dengan anak emak.
Habis saya dimaki oleh ipar duai mengatakan saya menantu derhaka walaupun ipar ipar itu takde sorang pun yang ingin menjaga emak.
Emak, 8 bulan usia perkahwinan kami saya memohon fasakh. Ya, kerana saya tidak sampai hati melihat air mata anak emak hari hari apabila emak enggan bercakap dengannya.
Saya tidak berdendam mahupun bergaduh dengan suami. Tapi saya enggan melihat suami tersepit diantara isteri dan seorang ibu yang melahirkannya.
Apabila kes cerrai berjalan, emak datang ke mahkamah dan paksa anak emak untuk dapatkan hak rumah itu.
Barulah terbongkar semuanya yang segala harta benda termasuk kereta adalah milik saya yang mutlak. Tiada harta sepencarian kerana semuanya saya beli sebelum kahwin.
Emak tersayang, saya kembalikan anakmu semula dan kahwinkanlah dia dengan menantu pilihan emak.
Walaupun dia masih sayangkan saya, tapi saya selalu mengatakan.. isteri boleh dicari, tapi emak hanyalah seorang didunia ini. Biarlah saya beredar kerana saya jugak ada hati yang ingin dijaga.
Buat R, 8 bulan menjadi isterimu adalah kenangan terindah sepanjang hidupku. Ketahuilah yang bekas isterimu ini redha diatas segalanya.
Bahagialah dirimu dengan kunci syurgamu dan doaku takkan pernah terputus hingga akhir hayatku
Buat semua pembaca, jadilah memoriku ini sebagai pengajaran.
Sekiranya bakal mertua sudah tidak berkenan, janganlah teruskan hubungan kerana amat jarang bagi seorang ibu mertua dapat menerima menantu bukan pilihan apabila sudah berkahwin kelak.
Buat ibu ibu mertua, hargailah menantumu. Kerana hanya mereka yang mengetahui mengenai kekurangan dan kelebihan anakmu.
Harta dan pangkat bukan beerti menantumu itu akan menjaga dan menyayangimu hingga akhir usia.
Sekian nukilanku, Laila.
Sumber Kuasaviral.com