Luna Maya

Korang ingat Iagi dgn Rosalinda? lni wajah terbaru Ratu dan Hero Telenovela Kegemaran Ramai Rakyat Malaysia

Siapa kat sini pernah skip sekolah petang gara-gara nak tengok telenovela Rosalinda? Haa baik mengaku! Sebab admin pun pernah buat benda yang sama semata-mata nak tengok kisah percintaan tragis Rosalinda dengan Fernando Jose! Hik hik hik! 

Disebabkan drama dari Mexico ni jadi hit di stesen TV, nama pelakon utama Thalia tetiba meningkat naik dan menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tambahan pulak pelakon ni memang jelita dan lemah lembut orangnya! Tapi masihkah ratu telenovela ini cantik seperti 18 tahun dulu? Ini kami bawakan perkembangan terbaru darinya. 

Tahun ini, Thalia atau nama sebenarnya Ariadna Thalia Sodi Miranda meniti usia 50 tahun pada 26 Ogos nanti. Tapi dari susuk tubuh dan raut wajah, sedikit pun tak menggambarkan umur sebenar Thalia bahkan pesona yang ada pada dirinya tetap menarik pandangan!

Jelitawan ini juga sudah 20 tahun mendirikan rumah tangga bersama Tommy Mottola yang merupakan CEO Sony Music. Hasil perkongsian hidup selama 2 dekad, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sabrina Sakae Mottola Sodi berusia 13 tahun dan Matthew Alejandro Mottola Sodi, 10 tahun.

Tommy yang memiliki kerjaya sebagai penerbit muzik dan buku serta usahawan berjaya dalam industri seni Amerika ini juga sebenarnya bek4s suami kepada penyanyi terkemuka, Mariah Carey.

Korang ingat lagi dgn Rosalinda? Ini wajah terbaru Ratu Telenovela Kegemaran Ramai Rakyat Malaysia

Namun perkahwinan bersama pelantun lagu My All itu hanya bertahan selama lima tahun sebelum kedua-duanya dilaporkan berpisah pada tahun 1998. Dua tahun kemudian, Tommy menamatkan zaman duda bersama Thalia dan berkahwin pada 3 Disember 2000 dalam sebuah majlis perkahwinan gilang-gemilang.

Bersandarkan kejayaan Tommy dan kemasyhuran Thalia sebagai penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan kosmetik, tak hairanlah pasangan ini mampu menikmati kehidupan serba mewah. Selesa menaiki jet peribadi untuk bercuti, Thalia dilihat kerap memuat naik gambar percutian bersama keluarga di media sosial miliknya selain berkongsi cita rasa fesyen buat tatapan lebih 17 juta peminat!

Nama Thalia turut terukir di Hollywood Walk of Fame pada tahun 2013 sementara suaminya pula menerima pengiktirafan sama pada tahun 2019.

Korang ingat lagi dgn Rosalinda? Ini wajah terbaru Ratu Telenovela Kegemaran Ramai Rakyat Malaysia

Alahai, sudahlah cantik… kaya dan ternama pula tu. Patutlah dia mendapat gelaran ‘Queen of Latin Pop’. Dua tahun lalu, Thalia hadir dengan lagu duet ‘No Me Acuerdo’ bersama Natti Natasha yang memperoleh lebih 1 bilion tontonan di YouTube! Terbaharu, klip videonya berjudul Tick Tock pula mencatat lebih 12 juta tontonan meskipun baru 2 bulan dimuat naik. Pendek kata, apa sahaja video atau aktiviti Thalia pasti mencecah jutaan perhatian daripada peminat!

Mengintai Instagram Thalia, wanita cantik ini rupa-rupanya seorang yang aktif bersukan lasak dan mengamalkan gaya hidup sihat. Sebelum ini Thalia dan keluarga telah berkunjung ke Utah untuk mengikuti aktiviti rock climbing. Tidak cukup dengan itu, dia juga gemar melakukan rutin senaman pilates demi mengekalkan susuk tubuh langsing dan fleksibiliti badan.

Korang ingat lagi dgn Rosalinda? Ini wajah terbaru Ratu Telenovela Kegemaran Ramai Rakyat Malaysia

Korang ingat lagi dgn Rosalinda? Ini wajah terbaru Ratu Telenovela Kegemaran Ramai Rakyat Malaysia

Korang ingat lagi dgn Rosalinda? Ini wajah terbaru Ratu Telenovela Kegemaran Ramai Rakyat Malaysia

Lepas ini kalau ada yang berhajat hendak memiliki tubuh menawan seperti Thalia, boleh amalkan sukan mendaki dan praktikkan pilates. Dengan usia 50 tahun dan mempunyai dua orang anak, kecantikan dan aura Thalia sememangnya tiada tandingan.

Sudah pasti segala kecantikan, kemasyhuran dan kemewahan yang dimiliki Thalia menjadi impian setiap wanita.

Cecah usia 55 tahun, hero telenovela ‘Rosalinda’ masih gagah tayang badan sado… bahagia timang bayi kedua

MASIH ingat dengan telenovela popular dari Amerika Latin berjudul Rosalinda yang menjadi kegilaan penonton Malaysia pada tahun 2000?

Terbaharu penampilan terkini hero drama berkenaan iaitu Fernando Carillo mencuri tumpuan peminat.

Memasuki usia 55 tahun, Fernando yang membawa watak Fernando Jose Altamirano del Castillo dalam drama bersiri itu dilihat semakin gagah dan bahagia menimang cahaya mata kedua yang kini berusia lima bulan.

Bukan sahaja memiliki tubuh yang sado, Fernando juga mempunyai beberapa ukiran tatu istimewa di badannya.

Meskipun usia semakin meningkat, Fernando berkata itu bukanlah penghalang untuk dia kekal aktif dan sihat seperti lelaki muda lain.

Malah, menerusi Instagram, Fernando kerap memuat naik foto menyertai aktiviti sihat seperti bersenam.

Penampilan terakhir Fernando di arena lakonan menerusi drama No Fear Of Truth dan filem Bendecidas.

Aktor kelahiran Venezuela ini menetap di Mexico bersama isteri, Maria Gabriela Rodriguez dan bayinya yang dilahirkan pada Mac lalu.

Menerusi perkahwinan pertama dengan Catherine Fulop, Fernando memiliki seorang anak bernama Angel Gabriel Carrillo berusia 13 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *