Luna Maya

Jenazah Adibah Noor Ke Tanah Perkuburan Diiringi Ratusan Individu

PemergianĀ  penyanyi terkenal, Allahyarham Adibah Noor petang semalam sememangnya mengejutkan banyak pihak lebih-lebih lagi rakan artis serta para peminatnya.

RAKAMAN VIDEO DI TANAH KUBUR ADA DI BAWAH SEKALI

Mana tidaknya, foto allahyarham yang sebelum ini tular disebabkan penampilan yang berbeza telah menuai pelbagai maklum balas berikutan terlihat lebih kurus berbanding sebelumnya.

Namun, siapa sangka disebalik gambar tersebut rupanya beliau baru sahaja berehat panjang selepas menjalani pembedahan disebabkan kanser ovari peringkat 4 yang dirahsiakan selama ini.

Tak hanya itu, ada juga warganet yang memohon sedikit bantuan kepada allahyarham dan beliau dengan segera telah mengulurkan sumbangan tanpa sebarang pertanyaan.

Ia dikongsikan oleh @el_flynn di Twitter dan mengucapkan ribuan terima kasih diatas jasa allahyarham ketika itu.

Perkongsian-perkongsian murni yang ditunjukkan oleh rakan Twitter Adibah Noor ketika ini menjelaskan betapa beliau sangat bermurah hati dalam memberikan bantuan walaupun ketika itu beliau sendiri mengalami kesukaran memandangkan pandemik masih lagi berlangsung.

Ketika menyertai program nyanyian Gegar Vaganza tahun lalu, allahyarham mengakui sendiri tujuan untuk memasuki pertandingan tersebut adalah untuk mendapatkan penghasilan bagi membayar hutang rakan-rakan.

Semoga roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Innalillahiwainailahirajiun.

Jenazah Adibah Noor Ke Tanah Perkuburan Diiringi Ratusan Individu

Jenazah arwah Adibah Noor dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan selepas selamat disembahyangkan di Masjid Al-Ansar sebentar tadi.

Menurut laporan semasa AWANI dan BERNAMA, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, Keramat hari ini.

Pemergian arwah yang pulang ke Rahmatullah hari ini sangat mendapat perhatian ramai, khususnya pihak media, ahli keluarga dan orang awam.

Menurut laporan ringkas AWANI sebentar tadi, suasana di tanah perkuburan itu agak tidak lengang dengan kunjungan ramai pihak.

Difahamkan, kira-kira ratusan individu hadir ke sana bagi mengiringi dan menyaksikan pengebumian jenazah arwah,

Sebelum itu, ketika sekitar proses solat jenazah dilakukan, wakil keluarga memohon kepada orang awam agar memaafkan salah silap yang mungkin pernah dilakukan arwah.

Memetik laporan ringkas AWANI, wakil keluarga itu juga turut memohon agar orang awam yang mengenalinya menghalalkan segala urusan sepanjang arwah hidup.

Terdahulu, majlis bacaan Yaasin turut dianjurkan oleh pihak Masjid Al-Ansar, Taman Keramat yang menjadi tempat persinggahan terakhir arwah.

Sumber Awani, Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *