Luna Maya

“Walaupun tau tak berguna, teruskanlah hidup..” Beri Tips kpd Org Bujang, Netizen Mula Menyampah dgn Ryan Bakery

Segelintir netizen meluahkan rasa kurang senang berhubung pesanan dititipkan personaliti TikTok popular, Ryan Bakery selepas dia selamat mendirikan rumah tangga pagi tadi.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Menerusi video dirakam pengguna TikTok @multazamnasir, personaliti berusia 27 tahun berpesan kepada golongan bujang agar meneruskan kehidupan meskipun ‘tidak berguna’.

Mereka mempersoalkan, adakah golongan yang bergelar ‘single’ sememangnya tidak berguna disebabkan masih belum mempunyai pasangan hidup?

Dalam masa sama, terdapat juga segelintir individu ‘memujuk’ diri sendiri supaya tidak terasa hati dengan kata-kata gurauan berkenaan.

Ini kerana mereka bersangka baik dengan jodoh ditetapkan Allah SWT selain dapat juga berbakti serta menjaga ibu bapa.

Terdahulu, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery sah bergelar suami kepada Elyia selepas lima bulan mengikat tali pertunangan.

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber: TikTok @multazamnasir , Instagram Ryan Bakery

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *