Luna Maya

Pulau ini dipenuhi dengan bbi yg pandai berenang dan sangat mnja dengan pengunjung

Apabila sebut tentang haiwan ini pasti menimbulkan rasa tidak senang kepada banyak pihak dan perkataan ‘babi’ seakan menjadi satu perkataan kejian dalam masyarakat Malaysia. Akan tetapi adakah anda tahu terdapat pulau yang dihuni oleh beratus-ratus babi yang jinak.

Terletak di Bahamas, pulau yang tidak berpenghuni ini didiami oleh beratus-ratus babi yang jinak sehingga ia menjadi satu tarikan pelancongan di sana.

Mempunyai hamparan pasir yang bersih, air laut yang biru sama seperti pulau yang lain namun perbezaannya adalah di sini anda dapat melihat babi-babi ini berenang dan bermain bersama.

Dikatakan wujudnya sekumpulan babi di sini apabila ada pelaut yang meninggalkan mereka di pulau ini untuk bekalan makanan namun pelaut tersebut tidak kembali untuk mengambil babi-babi ini.

Bermula dari situ babi ini beranak-pinak dan mejadi penghuni pulau ini.

Nama rasmi bagi pulau yang unik ini adalah Big Mayor Cay dan antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah berenang bersama mereka ataupun memberi makanan untuk mereka.

.

Mengikut beberapa sumber, babi-babi tersebut hidup di pulau tak berpenghuni ini disebabkan mereka diletakkan di situ oleh sekumpulan pelayar yang berhasrat untuk balik semula dan menjadikannya sebagai makanan. Pelayar-pelayar tersebut tidak pulang-pulang dan kawanan babi tersebut hidup dengan memakan lebihan makanan yang dibuang kapal yang berlalu.

Ada juga cerita mengatakan kawanan babi itu datang dari kapal yang karam dan berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi pantai, dan ada juga berpendapat mereka datang dari pulau-pulau yang berdekatan.

 

 

Walau apa pun teori dari mana datangnya kawanan babi ini, ianya tetap merupakan suatu pemandangan yang sangat pelik dan bizarre.

Bayangkan anda menaiki bot ke sebuah pulau terpencil dan dari jauh bot anda didekati bepuluh-puluh babi yang berenang menghampiri anda. Bayangkan. Mesti sangat creepy, haha.

Leave a Reply

Your email address will not be published.