Luna Maya

‘Hati Binat*ng’ – Tular Video Wanita Bantai Budak Perempuan Dengan Penyangkut Baju Dan Penyapu

RAKAMAN tular memaparkan seorang kanak-kanak yang didera seorang wanita mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Menerusi video yang dikongsi menerusi TikTok dan Instagram pada Jumaat pagi, wanita itu bertindak memukul kanak-kanak perempuan berkenaan dengan sebatang penyapu.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Wanita itu turut meletakkan batang penyapu ke leher kanak-kanak itu atas sebab yang tidak dapat dipastikan.

“Saya akan jelaskan lebih lanjut lepas semua reda sebab sekarang saya dekat balai dan masih dalam siasatan.

“Saya harap sokongan anda semua dan doakan untuk kami berjuang demi Alia,” ujar Aqil di Instagram Story.

Menerusi komen di posting Instagram, Aqil berkata wanita itu merupakan ibu angkat kepada Alia yang baru sahaja menjaganya dalam tempoh kurang setahun.

Video itu meraih lebih 200,000 tontonan di TikTok dan turut dihujani pelbagai komen netizen di Instagram.

“Kenapa tak ada yang tolong weh. Tak ada ke yang berani selamatkan budak tu?

“Kurang ajarlah perempuan ni. Ingat duit boleh buat segalanya. Tolong la yang ada kuasa ambil tindakan.

“Kau sabar la orang tua, melingkup kat dalam kena balasan nanti,” tulis beberapa netizen.

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *