Luna Maya

Rakaman peragut kena bantai slpas gagaI tarik beg gadis cantik berbaju klawar akhirnya menerima padah

Tular di media sosial video cubaan dua individu yang menunggang motosikal cuba meragut seorang wanita dalam kejadian malam kelmarin.

RAKAMAN VIDEO KEJADIAN ADA DI BAWAH SEKALI

Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada jam 8.22 malam berdekatan dengan Menara Felda FGV yang membabitkan suspek lelaki warga tempatan dan Indonesia.

Kejadian itu disaksikan oleh Rider Grab yang kemudian terus datang merempuh motosikal suspek. Tidak menghiraukan rempuhan itu, kedua-dua suspek masih berusaha melarikan diri tetapi gagal berbuat demikian kerana mangsa masih cuba mendapatkan beg tangannya semula.

Di kesempatan itu, Rider Grab dan orang awam lain terus segera menghulurkan bantuan membuatkan kedua-dua suspek akhirnya mengalah dan ditangkap sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Sementara itu di media sosial, netizen memuji keberanian mangsa yang berani melawan meskipun berisiko dicederakan oleh suspek.

Orang awam khususnya Rider Grab yang bertindak merempuh motosikal suspek juga mendapat pujian netizen kerana segera menghulurkan bantuan biarpun motosikalnya terpaksa dirosakkan.

“Ambik ko kena langgar dengan Rider Grab. Semoga Rider Grab itu dilimpahi rezeki dan dilindungi Allah,” kata netizen.

“Inilah yg di namakan wira masyarakat..rider grab.. Situasi apa pun mereka akan tetap membantu..Pihak yg selalu kecam dan hina rider,itulah manusia paling bodoh,xda otak..nama je manusia perangai mcm setan ..tak hargai pengorbanan masyarakat lain…Yg dia fikir,hina org lain..dia sja yg betul..” – Ban Ali

“Perghh.. gud job to everyone involved. Tapi aku mengharapkan brader yg datang dari seberang sana tu lari2 lepastu flying kick sedas. Semoga Allah merahmati semua..” – Apis

“Kesiann. Yang sebenarnya bukan salah mereka. Ini semua salah tenaga kerja asing yg merampas peluang kerja padahal banyak kerja kat ladang sawit kat kedai mamak” – Zahari

“Cuma perlu berhati2 masa nk tolong , takut peragut ni ada bawa senjata spt pisau/parang yg diletakkan dlm beg galas or pouch beg. Mcm pernah ada kes di Pandan Perdana tk lama dulu, pemuda yg menolong mangsa ragut mati ditikam oleh peragut ketika membantu seorang perempuan.” – Shaz

Tonton Video :

Sumber TR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *