Luna Maya

Nyanyi Lagu ‘Tiara’ Tak Sedap Masa ‘Live’, Penyanyi Indonesia Akhirnya Menerima Padah.. Ini Yg Berlaku

Kemunculan ramai penyanyi baharu dari negara seberang yang mendendangkan kembali lagu hits Malaysia mendapat perhatian ramai.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Namun, timbul perdebatan dalam kalangan pendengar yang kurang senang dengan tindakan penyanyi Indonesia yang bertindak mengubah alunan muzik asal lagu yang mereka nyanyikan.

Antara penyanyi yang dimaksudkan ialah Raffa Affar, yang kini semakin dikenali selepas single sulungnya ‘Cinta Sampai Mati’ mendapat tempat di hati peminat. Terbaharu, pemuda dari Jawa Barat, Indonesia itu merakam ulang (cover) lagu ‘Tiara’ yang pernah menjadi siulan pada tahun 90an.

‘Tiara’ lagu ciptaan sepenuhnya oleh Datuk M.Nasir yang pernah dipopularkan oleh Kumpulan Kris.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi terhadap persembahan Raffa yang dikatakan tidak semerdu itu.

“Memang tak sedap, mendayu2 pun xsedap…. tak payahla cover nyanyi lagu artis Malaysia tahun 90an. Tak suka, tu dahla semua lagu kegemaran ramai geng lahir tahun 80an…” – Norhidayanah

“kalau korang tengok komen2 di youtube oleh orang2 indonesia semua komen2 yg murni saja cthnya sukses terus. kena dengan orang2 malaysia komen semua mengecam. boleh nampak beza hati orang indonesia dan orang malaysia” – Shamsul

“Kenapo Dilombikkan” -Dato Hattan Tegur BBNU Seberang, Minta Hormat Lagu Lama

Baru-baru ini, kecoh tentang satu isu melibatkan seorang penyanyi BBNU Indonesia iaitu Raffa Affar selepas merakam semula lagu ‘Tiara’ dalam versi slowrock. Malah, Zidan juga tidak ketinggalan apabila turut hadir dalam ‘bentuk’ yang berbeza.

Bagaimanapun, perkara tersebut sempat mendapat kecaman daripada netizen tempatan yang berasa berang melihat karya kesayangan mereka didendangkan seperti itu.

Susulan daripada kejadian itu, penyanyi veteran Dato Hattan turut tampil memberikan teguran. Menerusi perkongsian di laman Instagram, dia aku ia tidaklah menjadi kesalahan jika kena dengan caranya.

Namun, selebriti tersebut berasa sedikit kesal apabila melodi lagu berkenaan diubah menjadi ‘pelik’ selain berharap mereka belajar untuk hormat setiap karya lama.

Antara Komen Netizen :

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber Ohbulan

Sumber: mohd_yusuf86

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *