KUALA SELANGOR – Seorang pekerja restoran makanan segera maut selepas melanggar kayu getah yang terjatuh dari sebuah treler di Kilometer 37 Jalan Klang-Teluk Intan di sini, hari ini.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
Kemalangan pukul 4.30 pagi itu berlaku ketika lelaki berusia 22 tahun itu menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati muatan kayu getah sebuah treler yang dipandu lelaki berusia 40 tahun terjatuh di jalan berkenaan.
Netizen Gesa Pihak Keluarga Saman
“Mangsa yang menunggang bersendirian dipercayai gagal mengelak beberapa batang kayu itu sebelum melanggarnya menyebabkan dia terjatuh atas jalan raya.
“Penunggang motosikal yang cedera parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.
Jelas Ramli, pemandu treler tidak mengalami kecederaan dan mayat mangsa dihantar ke hospital berdekatan bagi proses bedah siasat.
Sementara itu, sepasukan enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor bergegas ke lokasi bagi membersihkan kayu berkenaan pukul 5.17 pagi.
Longgokan kayu yang terjatuh itu menghalang lalu lintas di jalan tersebut dan berjaya dibersihkan dengan menggunakan jengkaut.
“aku ritu pernah nak kena atas highway kayu balak tergolek jatuh dari lori tapi alhamdulilah,nsib baik allah selamatkan nyawa aku, klau x arwah jgak,kayu balak cheq oii..” – Shamsuri
“Lori kebal rasuah… Bawak kayu xingat dunia… Lepastu mengusahkan org awam dan bawa muatan berlebihan menjadi punca kematian… Driver dan pemilik kenderaaan perlu dituduh dan didakwa dimahkamah atas melakukan kesalahan melebihi muatan berlebihan dan cuai…” – Shah Nizam
“KLU kita amati , KLU lori muat kayu kadang2 mengalahkan bangunan KLCC, Kenapa mereka bebas ke sana ke sini??Tiada penguatkuasaan ke?Mana pihak bertanggungjawab, Adakah ada yg meninggal baru nk buka mata,Adakah nk terjadi pada kaum kayangan dan kaum kerabat,anak beranak baru nk laksanakan tindakan drastik” – Haidi
“Biasanya lori begini terlepas dari undang undang yang jadi mangsa pemandu lain apa sebabnya kena ambil perhatian tidak mahu lagi berluasa” – Mohd Jaini
Sumber Kosmo