Luna Maya

Penumpang bas persiaran, Hamaizah Fadzilah meninggal dunia kemalangan

Kuala Kubu Bharu: Seorang penumpang bas persiaran maut selepas kenderaan itu terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 425.8 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke selatan, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian 4.30 pagi itu, mangsa, Hamaizah Fadzilah, 54, meninggal dunia di tempat kejadian.

Norazam berkata, pihaknya segera melakukan operasi untuk mengeluarkan mangsa. Pemandu bas serta penumpang lain yang tidak cedera bertindak keluar dari kenderaan itu dan berkumpul di tempat selamat.

“Kedua-dua pemandu (bas dan lori) masing-masing berusia 54 dan 70 tahun dan penumpang bas tidak tersepit serta tidak cedera.

“Pada 5.13 pagi, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

Sumber HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *