RAKAMAN tular memaparkan aksi tidak senonoh sekumpulan pelanggan lelaki bersama seorang pelayan wanita mengundang pelbagai reaksi di media sosial.
VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Di sebalik ribuan kecaman yang dilemparkan, pelayan kedai air buah itu nampaknya tenang dan langsung tidak melatah dengan apa yang berlaku.
Dalam satu kemas kini di aplikasi TikTok pada Isnin, dia turut berkongsi beberapa keping foto ketika mengikuti aktiviti perkhemahan di tepi pantai.
Semakan mendapati wujud beberapa lagi akaun TikTok yang menggunakan nama dan foto miliknya, namun tidak dapat dipastikan sekiranya ia akaun sebenar ataupun palsu.
Dia yang juga pengusaha kedai air buah di Terengganu sering tampil dengan gaya berbeza-beza, ada kalanya bertudung dan ada kalanya selesa membiarkan rambutnya menjadi tatapan umum.
Dia juga sering menjadi bahan kecaman kerana menggayakan baju terlampau ketat dan singkat ketika mengenakan tudung, yang mana ia dianggap memperlekehkan imej wanita Islam.
Untuk rekod, video tidak senonoh pelayan itu tular di media sosial sehingga meraih perhatian Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
Dalam video berkenaan, dia membiarkan beberapa pelanggan lelaki merangkul tubuhnya tanpa segan silu secara terbuka di kedainya.
Menurut Pesuruhjaya JHEAT M Rozi Bidin, pihaknya akan melihat tindakan yang boleh diambil mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.
“Premis (kedai makan) ini memang dalam pemantauan kita sebelum ia tular lagi dan dakwaan mengatakan JHEAT tak beri perhatian… itu tak betul sebab premis ini sedang dalam pemantauan.
“Kita tak akan biarkan benda-benda atau perkara yang tidak baik, perlakuan tak senonoh dan kita akan tengok mengikut bidang kuasa yang ada.
“Tiada kompromi dalam hal sebegini kerana ia bukan hanya mencemarkan agama Islam itu sendiri tetapi bertujuan membendung gejala atau kelakuan tidak bermoral dalam kalangan masyarakat,” katanya.
Tonton Video : SILA KLIK DI SINI
Sumber Mstar