Luna Maya

Video & Gambar : Pemandu KKM meninggaI dunia terbabit dalam kemaIangan dan tiga staff KKM cedera

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menemui ajal dalam kemalangan di Kilometer 9.7 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke Skudai di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.58 pagi itu, mangsa, Shamsul Shamshuri, 49, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai mengalami kecederaan parah selepas tersepit pada bahagian pemandu.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Difahamkan, mangsa bersama tiga lagi staf KKM dalam perjalanan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kluang menuju ke Hospital Permai di sini untuk mendapatkan bekalan vaksin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I, Suhaimi Abdul Jamal berkata, seramai 14 anggota dari BBP Larkin dan BBP Skudai dengan lima jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Semasa tiba didapati empat kakitangan KKM itu iaitu pemandu dikenali sebagai Shamsul Shamsuri, 49, Rosnilam Satari, 48, Azlina Mohd. Rawi, 41, dan Amelia Pek Ying Hung, 26, terperangkap dalam van terbabit.

“Pihak bomba mengunakan alatan ‘rescue cutter’ untuk mengeluarkan semua mangsa yang mengambil masa kira-kira 11 minit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, pemandu van tersebut meninggal dunia dan dibawa EMRS manakala dua lagi mangsa cedera menaiki kenderaan KKM ke hospital sementara pemandu lori berkenaan terselamat.

“Bomba dimaklumkan van KKM tersebut dalam perjalanan dari Kluang ke Hospital Permai untuk mengambil bekalan vaksin,”katanya.

Tambah Suhaimi, operasi tersebut kemudian ditamatkan pada pukul 1.24 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid mengesahkan kejadian itu.

Tonton Video

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Sumber Info Bencana Pahang &, Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published.