Luna Maya

Video: Terkini, PM Tiba Di Istana Negara Bagi Menghadap YDP Agong

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan sampai ke Istana Negara sekitar jam 12.23 pm tadi.

Menurut Bernama, beliau dilaporkan keluar dari Perdana Putra, Putrajaya sejurus selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet bagi menghadap YDPA Sultan Abdullah.

PM Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pukul 12 tengahari sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet.

Kenderaan yang membawa beliau bergerak ke Istana Negara untuk menghadap YDP Agong Al-Sultan Abdullah.

 

Sementara itu, kenderaan menteri-menteri dilapor dilihat keluar dari bangunan Perdana Putra selepas usai mesyuarat Kabinet sebentar tadi.

Sumber Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *