Luna Maya

‘Yang kau tengking, herdik tu keluarga aku, bukan anak-beranak kau tau’

SELEPAS dua tahun, sebuah restoran popular di Melaka yang pernah tular kembali hangat diperkatakan gara-gara sekumpulan pelanggan didakwa dimaki peniaga di premis itu.

RAKAMAN KENYATAAN BALAS DARI PELANGGAN ADA DI BAWAH SEKALI

Bagaikan tidak serik, peniaga yang sebelum ini didakwa menghalau seorang usahawan yang juga influencer, kini didakwa pula memperlekehkan pelanggan gara-gara baki lauk yang dijual tidak banyak untuk pengunjung yang datang beramai-ramai.

Susulan kekecohan yang berlaku sehingga mendapat kecaman ramai, anak kepada pengusaha berkenaan menjelaskan situasi sebenar bagi pihaknya kepada mStar.

Mengenai dakwaan berhubung ibunya yang digelar makcik puaka kerana kelantangannya bersuara di hadapan pelanggan, kata Illa, isu tersebut bukanlah perkara baharu.

“Malah sebelum restoran saya viral sebab isu influencer dua tahun lepas memang itu perangai mak saya. Kami bukan baru berniaga, dah berpuluh-puluh tahun.

“Kalau pelanggan yang regular, mereka tahu macam mana perangai mak saya. Daripada mak ayah pelanggan sehingga ke anak mereka memang kenal.

Kami tak mahu mencari masalah dengan orang, cuma manusia ni ada macam-macam perangai, tak boleh puaskan hati semua.

“Dia kata pernah datang ke restoran kami sebelum ini, dia sepatutnya lebih tahu perangai ibu saya. Pada hari kejadian, ada ramai pelanggan lain di dalam restoran, kenapa mereka okay dan tak timbulkan isu?

“Lagipun mak saya bukan maki seperti yang diperkatakan. Dalam video tu pun sekadar perbalahan. Memang mak saya membebel, tapi mak tak mencarut,” tambahnya.

Menurut Illa lagi, dia kesal apabila pelanggan berkenaan sengaja mencari publisiti dengan memburukkan imej dan reputasi bisnes restoran yang diusahakan ibu bapanya sejak lebih 30 tahun lalu.

Menerusi video yang tular, kedengaran beberapa suara yang melarang influencer tersebut mempromosikan produk kecantikannya di restoran mereka, sehingga memaksa wanita itu bertindak meninggalkan premis tersebut.

Pelanggan Balas Kenyataan Wakil Kedai Viral

“Kalau aku seorang saja yang cakap pasal benda ni, mungkin kau boleh cakap aku fitnah atau aku menuduh. Tetapi benda ni ramai pelanggan yang dah kena, cuma tak berani nak bersuara. Yang kau tengking, herdik tu keluarga aku, bukan anak-beranak kau tau,” demikian kata SisYana.

Terdahulu, anak kepada pemilik Restoran 35 di Bandar Hilir, Melaka, menjelaskan ibunya sememangnya berperangai seperti itu dan bagi pelanggan yang sudah biasa datang ke premis mereka, faham dengan situasi tersebut.

Tetapi, SisYana tidak dapat menerima keluarganya dilayan seteruk itu. Dalam perkongsian terbarunya, SisYana memuat naik video pemilik restoran itu yang dikatakan memerli mereka sekeluarga ketika sedang menjamu selera. Tindakan pemilik premis itu membuatkan mereka berasa kurang senang.

“Dengar dengan jelas suara dari mana yang perli-perli tu. Orang tengah nak menjamu selera dah ni, kau memekak-mekak lagi kenapa?”

SisYana juga menerima makluman dari salah seorang pelanggan restoran tersebut yang juga datang pada hari sama dan kejadian yang sama berlaku.

“Saya pergi 7 Jun tu pun dia maki hamun customer yang datang. Ya Allah, dahsyat mulut dia. Bukan kasar dah tu, tetapi biadap. Rata-rata customer dalam tu jadi tergamam. Dia maki hamun customer sebab dia tak dan nak kencing, customer datang tak berhenti-henti. Siap cakap customer ni macam setahun nak makan, macam baru keluar dari hutan.

“Saya rasa yang ramai (pelanggan) tu sebab orang tak ada pilihan dan mungkin baru pertama kali datang. Makcik tu memang macam tu, buat tak dengar je, pekakkan telinga. Tetapi kita yang datang makan kat situ rasa tak selesa. Tengah makan, orang dok maki hamun kita. Macam kita pula yang buat masalah.

“Sebelum tu dia cakap, ‘korang tengok lauk takde, korang makan ikan kering ni dengan nasi’. Tak berhenti sis, dari saya masuk sampai siap makan, dia maki customer,” katanya.

Semakan di Google Reviews juga mendapati ramai yang mengadu perkara yang sama.

Sumber: FB SisYana, Google Reviews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *