KUALA LUMPUR: Seorang pelakon lelaki sensasi ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini .
Ia selepas disyaki menumbuk dan menendang seorang lelaki di sebuah kondominium di Segambut, di sini, kelmarin.
“Kita percaya ketika itu berlakunya pertengkaran mulut antara mangsa dan pengawal keselamatan terbabit sebelum artis lelaki yang juga suspek tiba-tiba datang dan menumbuk serta menendang mangsa.
“Mangsa mendakwa suspek menumbuk dan menendangnya di bahagian muka, dada serta perut dan belakang badan, selain mencekik dan mengugut akan membvnuhnya,” katanya.
Beliau berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis sebelum Bahagian Siasatan Jenayah, Polis Daerah Sentul, memberkas suspek di kediaman sama malam semalam.
Suspek yang pernah membolosi kelompok Top 5 bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-34 akan direman sehingga Isnin ini.