Ipoh: Ahli perniagaan yang menyerang pengawal keselamatan di sebuah kondominium di sini tahun lalu didakwa atas pertuduhan membunuh selepas mangsa meninggal dunia 27 Ogos lalu.
Mahkamah Majistret Ipoh di sini hari ini, meminda pertuduhan susulan polis mengklasifikasikan semula kes terbabit dan Jabatan Peguam Negara bersetuju meminda pertuduhan daripada Seksyen 335 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tiada pengakuan direkodkan tertuduh, Ahmad Noor Azhar Muhammad, 33, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.
Mengikut pertuduhan, Ahmad Noor Azhar didakwa membunuh S Thava Sagayam di Tingkat 7, Menara Majestic, Jalan CM Yusuff antara jam 8 pagi hingga 9.30 pagi pada 29 Disember 2020.
Oleh yang demikian tertuduh didakwa melakukan suatu kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Bagi Seksyen 335 Kanun Keseksaan mahkamah melepaskan tertuduh tanpa membebaskannya (DNAA).
Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Timbalan Pendakwa Raya negeri, Azalina Rashdi manakala tertuduh diwakili peguam bela, Ariff Azami Hussein.
Turut hadir, isteri kepada mendiang Thava Sagayam iaitu E Philomena, 59, bersama empat peguam pemerhati M Kulasegaran, A Sivanesan, N Selvam dan Omar Kutty.
Pendakwaan sebelum ini dibuat di Mahkamah Majistret Ipoh mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan parah atas bangkitan marah.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di rumahnya, dengan hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, mengesahkan kematian mangsa akibat jangkitan kuman pada paru-paru (sepsis).
Terdahulu, penularan video ini berlaku di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Baca di bawah:
Pengawal keselamatan yang diserang ketika bertugas di kolam renang sebuah kondominium di Ipoh, Perak, dalam kejadian bulan Disember tahun lalu.
Dia telah disahkan mennggal dunia pada hari Jumaat kerana jangkitan paru-paru.
Ketua Polis Perak, Mior Faridalthrash Wahid berkata, kejadian yang dirakam dalam rakaman CCTV dan menjadi viral kembali baru-baru ini.
Ia berlaku pada 29 Disember dan polis telah memulakan siasatan di bawah Sksyen 326 Kanun Kesksaan.
Katanya susulan insiden pada 29 Dis lepas itu, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Sksyen 326 Kanun Kesksaan.
Dan suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh pada 6 Jan lepas kerana mendatangkan kecederaan parah, dan kes disebut semula pada 9 Sept ini.
“Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada tindakan suspek yang tidak berpuas hati terhadap pengawal keselamatan itu.
Ia kerana cuba menghalang anak suspek daripada menggunakan kolam renang yang tidak dibuka kepada orang ramai ketika itu,” katanya pada satu kenyataan, lapor Bernama semalam.
Mior Faridalthrash berkata pengawal keselamatan itu mennggal dunia di rumahnya kelmarin.
Dan hasil bedah siasat oleh pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh mendapati punca kematian disebabkan jangkitan pada paru-paru (Sepsis).
Mior Faridalathrash (gambar, atas) berkata ahli keluarga pengawal keselamatan berkenaan bagaimanapun tidak berpuas hati dan mendakwa punca kemaatian adalah disebabkan kejadian pukvl tahun lepas.
Lalu mereka menularkan kembali rakaman serta gambar insiden berkenaan.
“Berdasarkan perkembangan baharu ini, polis akan merujuk semula kertas siasatan terhadap kes berkenaan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Perak untuk arahan lanjut,”
Katanya menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan dengan kes tersebut.
Jelasnya, ini memandangkan kes masih dalam perbicaraan mahkamah.
Sejak kelmarin, tular dua rakaman video menunjukkan seorang lelaki yang bersama kanak-kanak bertindak menyerang pengawal keselamatan menggunakan meja hingga pengsan.
Menurut sumber sebelum ini, seorang lelaki yang tidak dikenali bersama anaknya mahu memasuki Menara Majestic Cond0minium Ipoh.
Pakcik Sekuriti yang bertugas pada waktu itu tidak membenarkan anak lelaki tersebut mandi.
Namun lelaki tersebut berang dan marah pada pakcik sekuriti.
Kemudian lelaki ini bertindak dengan kejam menghempap pakcik sekuriti ini dengan meja yang ada di tempat kejadian.
Lihat vide0 di bawah bagaimana tindakan lelaki yang tidak berperikemanusiaan ini menghempap pakcik sekuriti ini hingga menyebabkan sekuriti ini terjatuh dan terus koma ditempat kejadian.
Menurut maklumat daripada ahli keluarga kepada pakcik Guard ini mengatakan dalam laman fbnya hari ini:
“Ini adalah keadaan bapa saudara saya selepas kejadian pada 28/12/2020 (Selasa) di Menara Majestic Condominium Ipoh.”
“Gambar-gambar dibawah ini dapat menggambarkan keadaan bapa saudara kesayangan saya dan disebabkan oleh komplikasi setelah 8 bulan dan dia meninggl pergi pagi semalam di rumahnya”
keadaan Pakcik yang kritikal pada waktu itu
Sumber Harian Metro, Bernama, Buletin Malaysia, Facebook