SELAIN berdepan dengan risiko kemalangan jalan raya, cuaca yang tidak menentu juga merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi oleh setiap pekerja servis penghantaran (rider).
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Kadang kala terbit rasa serba salah dan kasihan apabila tidak sengaja membuat pesanan makanan sewaktu hujan, sekali gus seolah-olah tidak prihatin dengan situasi yang dihadapi rider.
Namun ada juga segelintir pelanggan yang tidak sensitif apabila membiarkan rider basah kuyup dalam tempoh yang agak lama di luar rumah.
“Sampai ke sudah customer tak buka. In the end, aku agak hq (ibu pejabat) cancel kot order tu. Dia cakap terima kasih dekat aku… terus gerak balik dalam hujan lebat tu,” kongsinya.
Terkesan dengan insiden tersebut, wanita berkenaan sempat menitipkan nasihat kepada orang ramai agar lebih prihatin sekiranya membuat pesanan makanan.
“Guys, tolonglah kalau order makanan time hujan tu ada common sense la sikit untuk alert korang punya makanan tu dah out for delivery ke apa.
“Saya post video ni bukan niat untuk burukkan jiran saya. Cuma saya nak bagi kesedaran kepada semua untuk sentiasa alert dengan status order lagi-lagi cuaca macam ni.
“Semoga abang tu murah rezeki,” kongsinya lagi.
Sementara itu menjengah ruangan komen, rata-ratanya turut bersimpati dengan nasib rider berkenaan selain turut meluahkan rasa geram dengan sikap jiran wanita tersebut.
“Tak faham manusia jenis macam ni. Rasanya dekat apps tu boleh trace dah sampai mana motor rider tu. Patutnya boleh standby dekat luar tunggu.
“Tolonglah yang order ada rasa tanggungjawab. Tengoklah phone… kan ada update lokasi.
“Macam manalah orang boleh biar rider ni tunggu dekat luar lama-lama? Kalau aku ni dah gelabah tunggu depan pintu.” demikian antara komen netizen.
Sehingga kini video yang dimuat naik oleh wanita berkenaan meraih sejuta jumlah tontonan.
Tonton Video : SILA KLIK DI SINI
Sumber Mstar