IPOH – Polis mengesahkan kejadian yang mengorbankan seorang lelaki di Pusat Rekreasi Lata Kekabu dekat Lenggong hari ini akibat terkena bahan letupan ketika menghasilkan bom ikan.
RAKAMAN PENUH KEJADIAN ADA DI BAWAH SEKALI
Dalam kejadian sekitar pukul 3 petang itu, mangsa, Amirudin Khairudin, 44, maut di tempat kejadian manakala rakannya berusia 40 tahun cedera parah.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hasan Basri berkata, mangsa dipercayai menghasilkan sendiri bom tersebut berikutan penemuan peralatan dan mercun bola.
Katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak menjalankan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang termasuk menggunakan bahan letupan bagi tujuan menangkap ikan.
“Kesian..takziah..semoga jadi pengajaran kat org lain,jgn pakai bom klu nk tangkap ikan…kaedah ni kejam..aku penah tengok sungai kat kg aku,org bom ikan…habis keturunan dari moyang sampai ke cucu cicit ikan tu mati terapung..perbuatan tu perbuatan kejam,Zalim,jahat pada makhluk Allah..sampai pupus ikan kat sungai dikerjakan mereka..” – Arizan Naya
“Innalillah. Takziah. Bom ikan salah satu kesalahan. Kita belum tahap kebulur sampai kena bom ikan nak cari makan. Banyak lagi ikan di negara kita. Ia satu pembaziran bila ikan kecil dibuang begitu saja.” – Kamarul
“Bom ikan, elektrik dan tuba tolonglah jangan guna, benda ni semua akan mematikan semua generasi ikan disesuatu tempat yg terlibat tu, tinggalkan sedikit ikan untuk anak cucu kita, apa2 pun al fatihah” – Jaja
“Pupus ikan klu dbiarkan aktiviti mengebom ni berleluasa……kita ni hanya meminjam alam dan flora ni utk generasi yg akan dtg…..sama2 la kita melestarikan kehidupan ni” – Uda
Sumber Media sosial