Pagi tadi tular di media sosial mengenai kelakuan sekumpulan penyewa sebuah inap desa dan kereta sewa jenis Alphard ‘dilenjan’ oleh mereka sehingga mengundang kemarahan ramai.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Menerusi video yang dimuatnaik oleh pengguna dikenali Andy Suffean Jr, dilihat beberapa lelaki sedang seronok mandi di dalam sebuah kolam yang dipenuhi dengan tin minuman keras. Bukan itu sahaja, mereka malah membuka lagu dengan kuat seolah-olah sedang berparti.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai mencemuh perbuatan tersebut yang dilihat telah merosakkan harta benda seseorang selain merosakkan nama sesuatu bangsa.
Pun begitu, ramai mengatakan ia adalah salah individu dan bukannya bangsa seseorang.
Untuk makluman, pihak polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awan di sekitar pulau peranginan itu.
Hal ini dimaklumkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari selepas tularnya video lelaki berkenaan duduk di atas bumbung sebuah kereta pelbagai guna (MPV).
Kes disiasat di bawah Seksyen 21, Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.
“Sekarang saya dah faham mengapa sesetengah owner rumah sewa/owner homestay tidak mahu menyewakan premis mereka kepada geng2 ni..kerana sesetengahnya perangai mcm beruk. habis yg lain juga kena bahangnya..malahan ada di kalangan geng depa ni tak mahu bagi sewa pada gengnya sendiri..sangat berisiko tinggi untuk rugi dan tidak mahu menghadapi masalah..” – Halim Zaman
“Pernah org org ni stay hotel depan rumah ya allah dia punya party 1.90 sampai ke pagi menjerit² melalak tah hapa²..esok tu housekeeping kemas penuh satu beg plastik besaq tin arak…uiii dia pya party mcm pergi las vegas oooo…langkawi jew” – Zerry
“malaysia ada 2kilang arak,selagi tak ketatkan pengeluaran arak ni selagi tu la tak selesai masalah mabuk nyusahkan org ni,kerajaan sila ketatkan kuantiti pengeluaran arak sebulan,jangan kije pikir nk makan cukai je smpai menjejaskan keharmonian negara,rokok blh ketat undang2 tak arak xboleh,malaysia ni hasil byk,klu tadbir urus cekap dan amanah 2kilang ni xde pun xpe” – Farid Aziz
TONTON VIDEO DI BAWAH:
Tak pasal2 kena banned takleh masuk Langkawi?♀️ pic.twitter.com/oSuyXHmphn
— ViralMalaysia (@HDHKini) July 24, 2022
Sumber OMM