Luna Maya

“Bertmbuk sampai tumbang” – Enggan ketepikan kereta ketika jalan sesak akhirnya pemandu menerima padah

SHAH ALAM – Gara-gara enggan mengetepikan kereta ketika jalan sesak mencetus pergaduhan antara seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta di Persiaran Kerjaya Glenmarie Seksyen U1 di sini, kelmarin.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.15 petang ketika laluan tersebut sesak.

Insiden berkenaan tular menerusi video berdurasi 22 saat di laman Twitter dengan kedua-dua mereka berbalas tumbukan sebelum dileraikan pengguna jalan raya yang lain.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran mulut apabila suspek lelaki berusia 29 tahun yang menaiki kereta jenis Naza Ria enggan mengetepikan keretanya di lokasi kejadian.

Katanya, ini menyebabkan motosikal yang ditunggangi mangsa berusia 31 tahun yang bekerja sebagai jururunding dan penunggang motosikal yang lain tidak dapat meneruskan perjalanan.

Beliau menambah, kedua-dua pihak iaitu pengadu dan suspek telah dipanggil untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Mohd. Iqbal turut menjelaskan pengadu juga telah buat laporan polis untuk menarik balik laporan polis yang dibuat sebelum ini.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut,” katanya.

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *