Kuala Lumpur: Tindakan sebahagian individu yang menyertai perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan yang keluar barisan.
Ia berlaku ketika berarak dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka, di sini, menyebabkan berlaku kekecohan.
Mereka juga dilihat bertindak agresif apabila dilihat melompat semasa melaungkan slogan ‘hidup rakyat’.
Tindakan itu menyebabkan perarakan berkenaan terhenti seketika selepas pihak polis membuat teguran supaya mereka menjaga penjarakan fizikal.
Sebaik memasuki barisan semula, kumpulan berkenaan meneruskan perarakan menuju ke Dataran Merdeka.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim serta Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah turut dilihat berada di lokasi perarakan.
Penganjur Akan Dipanggil
Penganjur dan peserta perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan di Dataran Merdeka di sini, hari ini, akan dipanggil polis untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan susulan terhadap pihak terbabit.
“Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebarang perhimpunan dalam apa jua maksud walaupun secara aman tidak dibenarkan.
“Tindakan itu sekali gus melanggar arahan PKP. Susulan itu, tindakan akan diambil selepas ini termasuk memanggil penganjur serta semua pihak yang terbabit,”
Katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, hari ini.
Kebanyakkan yang join adalah anak muda
Mohamad Zainal berkata, dianggarkan 400 individu menyertai perhimpunan yang diadakan di Jalan Tun Perak, di sini bermula jam 11 pagi tadi.
“Pada asalnya, perhimpunan ini diadakan di Dataran Merdeka, namun kami menghalang kumpulan terbabit daripada memasuki kawasan itu dengan menutup laluan keluar dan masuk ke kawasan berkenaan menyebabkan mereka hanya berarak di luar Dataran Merdeka.
“Kami juga sudah memberi masa secukupnya untuk mereka berkumpul sebelum diarahkan bersurai jam 12.30 tengah hari.
“Proses itu (bersurai) dalam keadaan aman dan tiada sebarang penahanan dibuat,”
Pelawa Peserta Perhmpunan Join Korek Lubang Kubvr
Seorang pengguna facebook, mempelawa peserta-peserta perhimpunan untuk sama-sama membanting tulang.
Ini untuk menggali kubvr memandangkan terlalu ramai yang telah ‘pergi’ dalam satu-satu masa.
“Saja je. Saya nak pelawa kawan2 yg ramai-ramai demo ni, datang ke tempat kami gali kubvr ni. Hari-hari jnazah 3-5 orang. Tak menang tangan.
Jadi, mari la ke sini. Tolong gali kubvr. Paling kurang untuk diri sendiri pun ok dah.
Kalau tak boleh beri manfaat kepada orang lain, uruskan diri sendiri pun dah ok sangat.
Jangan mudah diperkotak-katik. Sebenarnya kitalah punca kegagalan.”
Sementara itu, pihak polis memaklumkan 300 pegawai dan anggota polis terbabit dalam penugasan kawalan keselamatan di lokasi perhimpunan berkenaan.
Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian dilakukan mendapati semua individu terbabit memakai pelitup muka.
Namun tidak mengamalkan penjarakan fizikal terutama ketika bergerak dalam jumlah yang ramai.
“Kami percaya penganjur perhimpunan berkenaan adalah pihak yang sama terbabit dalam penganjuran perhimpunan sebelum ini.
“Tindakan terhadap pihak yang terbabit dalam perhimpunan ini akan diambil mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penykit Berjngkit 1988 (Akta 342).
“Kami menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai mana-mana perhimpunan sepanjang tempoh PKP kerana tindakan itu akan memudaratkan diri sendiri kerana terdedah dengan jangkitan Cvid-19,” katanya.
Jawapan Peserta Supaya Korek Kvbur Bersama Sangat Mengejutkan
“Kita duduk rumah dah berbulan tapi kes tak pernah nak turun, jadi kenapa nak marah kalau orang keluar beramai-ramai”.
“Apalah sangat sejam dua berkumpul beramai-ramai, berbanding 501 hari duduk rumah.”
“Alah kita tak keluar pun bukan kes berkurang pun, duduk kat rumah pun boleh kena covid kalau nak kena”.
“Tak kesian kat frontliner? Laah kerajaan bukan kesian pun kat frontliner, frontliner pun kontrak, takde manfaat jadi doctor”.
“Alah kerajaan gagal, sebenarnya guna je covid ni jadi perisai politik je pun.”
Kata Badrul kepada rakannya ketika mengadakan kenduri kendara besar besaran tanpa rasa bersalah dan Wan kepada keluarganya ketika pulang ke kampung semasa Hari Raya tempoh hari.