Luna Maya

Pekerja kebun betik meninggal dunia dibunuh dengan keejam guna penggali tanah

Alor Setar: Lelaki warga Myanmar yang mayatnya ditemukan di kebun betik di Kampung Dalam Wang, Baling kelmarin kemungkinan dicederakan dengan penggali tanah oleh rakan senegaranya.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Sumber berkata, mangsa dipercayai dipukul menggunakan senjata terbabit berdasarkan kepada penemuan penggali tanah berkenaan berhampiran mayatnya ketika siasatan dijalankan di lokasi.

Sumber berkata, ada tiga pondok yang didirikan di kebun berkenaan sebagai tempat tinggal tiga pekerja dan mayat ditemui kira-kira empat meter daripada pondok terbabit.

“Setakat ini, lelaki Myanmar yang berjaya ditahan polis mendakwa ada pertengkaran berlaku antara dua rakannya sebelum mangsa yang maut itu dipukul suspek.

“Bagaimanapun, punca sebenar menyebabkan berlakunya pertengkaran antara mereka masih dalam siasatan dan suspek yang memukul mangsa sedang diburu polis,” katanya.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat dalam satu kenyataan medianya semalam berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat seorang lelaki berusia 30-an dalam keadaan terbaring di kebun berkenaan kira-kira jam 11.30 pagi.

Susulan daripada itu, seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun yang juga majikan kepada si mati ditahan di kawasan kebun betik berkenaan manakala rakan sekerja si mati yang juga warga Myanmar berusia 33 tahun pula ditahan di Kupang.

“Allahuakbar, tadi rasa berita pasal bunuh kat Terengganu. Kat kebun sawit .. pastu kes bunuh pemandu grab.. Allah.. lindungi kami Ya Allah …” – Shakila

“Minggu ni saja byk kes pembunuhan melibatkan suspek pendatang asing. Semakin “berkuasa” nmpknya..” – Husna

“Ini salah satu sebab mengapa rakyat malaysia tidak mahu kerja di ladang kelapa sawit. Kerajaan perlu mengasingkan pekerja asing dgn pekerja malaysia di ladang2 yg berasingan bagi mengalakan rakyat malaysia bekerja di ladang.” – Zaid

Sumber HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *