Luna Maya

Video: Lelaki ini Menemui Makhluk BerbuIu Yg Ganjil, Terperanjat Besar Ketika Cuba Menyentuhnya

Dua orang awam yang sedang berjalan kaki berhampiran bandar Alamos di negeri Sonora di barat laut Mexico telah menemui satu ‘makhluk’ berbulu kecil di sudut sebuah gua. Mereka tidak ada idea apa makhluk itu sebenarnya namun menurut mereka makhluk tersebut sangat berbulu seakan bulu penyapu halus.

Mereka sempat merakam penemuan makhluk tersebut di dalam sebuah video. Di dalam video tersebut, kedengaran salah seorang daripada mereka berkata

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

“Saya tidak tahu makhluk apa ini, tapi ianya sangat berbulu. Adakah ia sedang tidur?

Oleh kerana diselubungi perasaan ingin tahu, mereka berdua kemudiannya membuat keputusan untuk menyentuh makhluk tersebut dengan menggunakan sebatang kayu.

Alangkah terkejutnya mereka berdua apabila mendapat makhluk tersebut bukanlah makhluk yang berbulu, tetapi ‘bulu’ yang mereka lihat itu sebenarnya kaki kepada beribu haiwan atau lebih tepat lagi species labah-labah yang digelar cellar spider dari keluarga Pholcidae atau labah-labah bawah tanah.

Apabila mereka ‘mengganggu’ makhluk berbulu tersebut, labah-labah yang tak terkira banyaknya beredar dengan epat dan ada yang melompat hingga membuatkan mereka terkejut besar!

Di bawah ini adalah video yang dirakam oleh mereka, dan di ruangan komen ramai netizen yang memberikan pendapat masing-masing. Ada yang meluahkan rasa terkejut saat melihat makhluk (labah-labah) itu melompat. Ada juga yang mengatakan mereka sepatutnya jangan mengacau dan biarkan sahaja makhluk berbulu (labah-labah) tersebut.

TONTON VIDEO:

Labah-labah cellar (Pholcidae) ini tidak mendatangkan bahaya terhadap manusia dan ianya tidak beracun.

Kredit: The OverSeaClip

Leave a Reply

Your email address will not be published.