Luna Maya

Ramai tersentuh lihat video Cik Non, sentiasa perbaiki diri sebelum dijemput Ilahi

Beberapa tahun lepas, pernah tular video-video kontroversi seorang founder kosmetik yang menggelarkan diri sebagai Ceknon di media sosial terutamanya di Facebook.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Dia yang gemar membuat live di media sosial turut dikatakan mirip pelawak terkenal Shuk Sahar sehingga menjadi bahan gurauan netizen.

Ramai tersentuh lihat video Cik Non, sentiasa perbaiki diri sebelum dijemput Ilahi

Ramai tersentuh lihat video Cik Non, sentiasa perbaiki diri sebelum dijemput IlahiRamai tersentuh lihat video Cik Non, sentiasa perbaiki diri sebelum dijemput IlahiRamai tersentuh lihat video Cik Non, sentiasa perbaiki diri sebelum dijemput IlahiRamai tersentuh lihat video Cik Non, sentiasa perbaiki diri sebelum dijemput IlahiRamai tersentuh lihat video Cik Non, sentiasa perbaiki diri sebelum dijemput Ilahi

Ramai tersentuh lihat video Cik Non, sentiasa perbaiki diri sebelum dijemput IlahiRamai tersentuh lihat video Cik Non, sentiasa perbaiki diri sebelum dijemput IlahiRamai tersentuh lihat video Cik Non, sentiasa perbaiki diri sebelum dijemput IlahiRamai tersentuh lihat video Cik Non, sentiasa perbaiki diri sebelum dijemput IlahiRamai tersentuh lihat video Cik Non, sentiasa perbaiki diri sebelum dijemput IlahiRamai tersentuh lihat video Cik Non, sentiasa perbaiki diri sebelum dijemput Ilahi

Suami kepada Ceknon yang sinonim dengan pakaian yang berwarna merah jambu dan rambut blonde ketika melakukan siaran langsung di Facebook atau TikTok.

Ia untuk mempromosikan produk kosmetiknya juga memaklumkan yang dia tidak akan membuat sebarang live semasa upacara pengebumian isterinya nanti.

Dalam pada itu, dia bagi pihak arwah isteri memohon orang ramai yang mengenali allahyarham supaya dapat memaafkan segala kesalahannya.

Difahamkan, allahyarham dikatakan mengalami jangkitan kuman di otak selepas dimasukan ke Hospital Kajang setelah tiga ke empat hari mengalami cirit birit sehingga doktor terpaksa menidurkannya.

Ramai tersentuh lihat video Cik Non, sentiasa perbaiki diri sebelum dijemput Ilahi

Perkongsian tersebut sememangnya mengejutkan banyak pihak terutama warganet yang mengikuti founder produk berkenaan di media sosial.

Dia yang kerap melakukan live di Facebook dan TikTok mempunyai pengikut yang tersendiri walaupun kadang kala video allahyarham berpakaian kurang disenangi ramai.

Walau bagaimanapun, rata-rata mendoakan agar allahyarham Ceknon ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan berharap ahli keluarga yang ditinggalkan berada dalam keadaan sabar mengharungi berita duka ini.

Sebuah video memperlihatkan Cik Non mengajar anak perempuannya untuk bersolat, manakala satu lagi video menunjukkan arwah menjadi makmum sebelum bersalaman dengan suaminya setelah selesai menunaikan solat.

“Allah tak pandang permulaan perjalanan hambaNya tapi Allah pandang pengakhiran hambaNya.. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman disisiNya. Amin,” tulis Anis.

Ternyata meskipun sering menerima cacian dan makian segelintir individu, ibu seorang cahaya mata itu sentiasa cuba memperbaiki diri secara perlahan-lahan sehingga ditakdirkan ‘pergi’ buat selama-lamanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan berita pemergian arwah selain menyifatkan ia adalah pengakhiran terbaik buat Allahyarham Cik Non.

Tonton Video 1 : SILA KLIK DI SINI

Tonton Video 2 : SILA KLIK DI SINI

Sumber OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *