Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah peribahasa paling sesuai menggambarkan situasi yang dilalui penduduk di Baling, Kedah selepas beberapa kampung dilanda kepala air serta banjir kilat sehingga mengakibatkan beberapa buah rumah musnah di bawa arus deras. Malah insiden tersebut juga telah meragut beberapa nyawa.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
Menerusi perkongsian Ustazah Asma’ Harun di Facebook, seorang warga emas, Puan Aminah meluahkan rasa syukur apabila mengetahui cucu kesayangannya yang disangkakan telah meninggal dunia akibat dihanyutkan banjir sebenarnya masih hidup.
Semasa banjir memasuki rumahnya, bukan sedikit kehilangan yang terpaksa ditanggung, bahkan anak saudaranya juga hampir kehilangan nyawa bila air deras datang,
wanita tersebut tak dapat selamatkan diri, tapi terpaksa berpaut pada tiang rumah. Saat air semakin meninggi, beliau dihanyutkan ke pokok rambutan belakang rumah untuk berpaut.
Baru saja nak berehat di pokok tersebut rupanya ada ular kapak sedang melingkar di dahan. Akibat terkejut sekali lagi beliau dihanyutkan
sehingga dapat berpijak di atas bumbung sebuah kereta yang tenggelam lalu selamatkan diri di atas bumbung sebuah rumah sehingga malam.
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sebak melihat perkongsian tersebut.
Malah, mereka juga sempat menitipkan doa agar segala urusan dipermudah serta berterima kasih kepada pihak yang memberikan bantuan kepada mangsa banjir.
“Ya Allah , ada di kalangan kami di sini tidak dapat untuk turun ke sana membantu .. Tapi kami doakan moga segala ujian ini , Engkau gantikan dengan kurniaMu yang melimpah-ruah kepada mereka dan pahala buat mereka serta menjadi asbab kepada kami untuk lebih mentaati Engkau wahai Allah ..” – Izzah
“SubhanaAllah …AllahhuAkhbar …Allah Ya Alim yg mgetahui segala 2nya ….semoga Allah beri Kerahmatan buat semua mangsa banjir …Allah …Allah …Allah …” – Azwa
“Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar…. Semoga Tok Aminah dan mangsa banjir Baling yang lain dilindungi Allah SWT dan segala urusan mereka Allah permudahkan. Semoga Allah kurniakan mereka kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Kagum dgn cerita Tok Aminah, selalu bersangka baik dengan Allah dan banyak mengingati Allah. InsyaAllah semua ada hikmah-Nya. Sesungguhnya sesudah kesusahan itu pasti ada kemudahan.” – Puan Uzai
Sumber: Ustazah Asma’ Harun