Luna Maya

Budak 5 tahun maaut jtuh dari tingkat 9 flat, saksi dedah sesuatu buatkan ramai menangis

Kuala Lumpur: “Saya melihat wanita itu menangis sekuat hati sambil memangku anaknya di riba. Kemungkinan kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibunya,” kata saksi kejadian kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan Flat Sri Sabah, Cheras di sini, hari ini.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Kejadian berlaku pada 9.50 pagi itu disedari orang awam yang berada di lokasi sebaik melihat kanak-kanak berkenaan tertiarap di bawah bangunan berkenaan.

Wanita yang enggan dikenali itu berkata, ketika kejadian dia mahu ke tempat kerja.

Katanya lagi, dia hanya mengetahui kanak-kanak itu meninggal dunia melalui WhatsApp pada 1 tengah hari ini.

Antara Komen Dari Saksi Kejadian :

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin dilaporkan berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 11.54 pagi.

Beliau dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati mangsa terjatuh dari balkoni dapur rumahnya di tingkat sembilan.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kematian.

BUDAK 5 TAHUN MAUT JATUH DARI TINGKAT 9 FLAT SRI SABAH

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari balkoni dapur di tingkat sembilan flat perumahan Sri Sabah, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menerima maklumat daripada orang awam berkenaan kejadian seorang kanak-kanak terjatuh dari flat pada pukul 11.54 pagi.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis telah pergi ke tempat kejadian dan dimaklumkan bahawa mangsa telah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) oleh ibunya.

“Siasatan awal pihak polis mendapati kanak-kanak perempuan yang berusia lima tahun dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan (balkoni dapur) rumahnya sekitar pukul 9.30 pagi.

“Difahamkan ketika kejadian, ibu dan adik mangsa turut berada di rumah berkenaan namun, ibunya tidak menyedari bahawa mangsa berada di dapur rumah semasa kejadian,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa yang merupakan warga tempatan telah dibawa ke HCTM namun, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital berkenaan.

Jelas beliau, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

Zam Halim turut menasihati orang ramai agar sentiasa mengawasi anak-anak dengan baik supaya tidak berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seumpama kes berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *