Sejak semalam kecoh diperkatakan mengenai hampir 400 jemaah bakal haji yang menggunakan visa furada terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa ditipu agensi pelancongan swasta.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Memetik laporan Astro Awani, salah seorang jemaah dari Kelantan, Marina Abu Zahar menjelaskan mereka menunggu daripada jam 12 tengah hari selepas mendengar taklimat terakhir malam semalam. Mereka dikatakan akan terbang pada jam 4.25 petang Khamis.

Saya cuma nak beritahu kepada ‘Tan Sri’ itu tadi, tolong lah sedar… jangan permainkan agama, jangan perkotak katikkan perasaan orang nak pergi haji.
Difahamkan, pasportnya dan jemaah lain masih lagi dipegang oleh syarikat agensi pelancongan berkenaan.
Ada di antara jemaah telah membuat laporan polis dan beransur pulang ke kediaman masing-masing.
Terdahulu, berlaku kekecohan di Balai Pelepasan KLIA melibatkan bakal jemaah haji visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).
Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH.
Neelofa Luah Rasa Simpati
Sementara usahawan terkenal iaitu Noor Neelofa di Facebook meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa kesemua bakal jemaah haji berkenaan.
Dia juga menitipkan doa agar urusan mereka dipermudah selain diberi peluang dan kesempatan untuk mengerjakan haji pada tahun akan datang.
“Sedih mendengar perkhabaran hampir 400 jemaah haji yang terkandas di KLIA, semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan mereka terus kuat semangat.
Harapnya ada rezeki mereka semua dijemput di tahun akan datang.”
Menurut salah seorang jemaah Haji dari Kelantan, Marina Abu Zahar,52, mereka telah menunggu daripada jam 12.00 tengah hari selepas selesai taklimat terakhir pada malam sebelumnya yang memaklumkan mereka akan terbang pada jam 4.25 petang Khamis.
“Kita berkumpul dari jam 12.00 tengah hari, dia tunda kepada jam 7.00 malam. Sebab keadaan agak tegang, jadi kita cuba bertanya, tapi jawapannya sabar dan sabar.”
Sebak dengan keadaan itu, Marina berkata bahawa itu kali pertama dia akan mengerjakan haji namun telah diperdaya oleh sindiket tidak bertanggungjawab.
Malah, pasportnya dan jemaah lain juga masih lagi dipegang oleh agensi perlancongan berkenaan.
“Saya cuma nak beritahu kepada ‘Tan Sri’ itu tadi, tolonglah sedar, jangan permainkan agama, jangan perkotak katikkan perasaan orang nak pergi haji.”
Sumber: Berita Harian, Noor Neelofa