Luna Maya

Dah lama tahu pasal ‘penyondoI’, Neelofa puji kesabaran Puteri Sarah. Ini Kata Kata Padu Neelofa

SELEPAS lama berdiam diri, akhirnya pelakon Puteri Sarah Liyana memulakan tindakan saman terhadap Ira Kazar yang didakwa menjadi orang ketiga menganggu rumah tangganya bersama pengarah Syamsul Yusof.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Menurut Sarah atau nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 36, tindakan saman ini adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan semua kemelut selepas empat tahun memendam perasaan.

Saya buat semua ini untuk diri sendiri dan keluarga. Sampai bila saya mahu dipijak-pijak – PUTERI SARAH LIYANA PELAKON

Lega dengan keputusan membawa kes ini ke mahkamah, Sarah juga berharap ia dapat membuka jalan buat mana-mana wanita yang mengalami nasib sama untuk melakukan tindakan terbaik.

“Saya buat semua ini untuk diri sendiri dan keluarga. Sampai bila saya mahu dipijak-pijak.

“Jadi kepada sesiapa yang nak sondol (rampas) selepas ini perlu lebih berhati-hati. Saya mahu pertahankan perkahwinan dan perjuangkan hak sendiri.

“Kalau dah ambil orang punya duduk diam-diam, jangan ambil dan canang sana-sini serta kacau keluarga orang lain,” jelasnya.

Dalam permohonan yang dibuat, Sarah mahu Ira tampil memohon maaf dan berhenti daripada melakukan sebarang tindakan gangguan terhadapnya.

Sementara itu Sarah enggan memberi komen lanjut tentang hubungan dia dan Syamsul dan memberitahu suaminya itu ada datang melawat ketika anak-anak mereka dimasukkan ke hospital, baru-baru ini.

Syamsul dan Sarah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2.

Di sebalik kekalutan melanda kehidupan Puteri Sarah, selebriti popular Neelofa rupa-rupanya sudah mengetahui kewujudan orang ketiga dalam rumah tangga pelakon tersebut.

Menurut laporan mStar Online, selebriti berusia 33 tahun itu mengakui tidak sanggup sekiranya melalui masalah sebegitu tetapi memuji ketabahan Puteri Sarah dalam berdepan dugaan tersebut.

“Kita borak banyak tentang hal ini. Sampai satu masa, saya dah tak tahu nak kongsi nasihat apa, sebab terlalu teruk pihak ketiga punya buli terhadap awak (Puteri Sarah).

“Masa itu orang ramai tak tahu lagi, saya sendiri tak sanggup nak hadam, apatah lagi awak yang kena lalui. Memang awak seorang yang terlalu sabar dan kuat,” katanya.

Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi perkara berkenaan menerusi ruang komen posting terbaharu milik Puteri Sarah di laman Instagram.

Selain itu, Neelofa juga menganggap Puteri Sarah sebagai seorang penyabar kerana masih menjaga aib suaminya selain mendoakan yang terbaik untuk pelakon berkenaan.

“Satu perkara yang saya amat-amat terkesan, despite apa jadi awak sangatlah nak jaga rumah tangga awak, awak jaga aib suami dan banyak mengalah.

“Moga Allah gantikan segala kesakitan, kepedihan, setiap air mata awak yang mengalir kepada kebahagiaan yang berterusan,” ujar bekas pengacara MeleTOP itu.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan satu tindakan di mahkamah dan dua aduan di pejabat agama terhadap seorang wanita bernama Ira Kazar yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan suaminya iaitu Syamsul Yusof.

Untuk rekod, dia berkahwin dengan pengarah tersohor itu pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber: mStar Online (Nur Asyikin Mayudin) , Instagram Neelofa & Puteri Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *