Luna Maya

Buat konten ziarah kvbur artis, Sharnaaz Ahmad beri ‘pesanan’ buat Aisar Khaledd

Sejak semalam, nama seorang influencer dengan pengikut yang ramai di media sosial telah teruk dihentam netizen susulan tindakan tidak sensitifnya yang membuat konten dengan menziarahi Tapak Perkuburan Sungai Pusu, iaitu tempat allahyarham Siti Sarah Raissuddin dikebumikan.

Dah minta maaf tapi private account 

Walau bagaimanapun, Aisar Khaledd telah membuat permohonan maaf diruangan Instagramnya dengan mengakui kesilapan yang tidak berfikir panjang ketika membuat konten tersebut.

 

Akan tetapi, warganet yang pernah mengikuti perkembangan influencer tersebut tetap juga meradang kerana tindakan kurang bijak yang dibuat itu bukanlah kali pertama dilakukan.

Pesanan Sharnaaz buat Aisar

Selain daripada warganet, rakan rapat kepada keluarga Shuib Sepahtu, Sharnaaz Ahmad turut membidas perbuatan Aisar di IG story miliknya dengan menitipkan pesanan buat influencer muda itu.

“Mungkin dunia belum berlaku adil lagi kepada anda. Jika hari itu sampai, jangan ditanya apa kesalahan anda.”

“Simpan footage di YouTube tu sebagai rujukan, sebab itu lah penyumbang kepada karma dihadapan anda.”

“Till then enjoy your life while you can buddy,” tulis Sharnaaz.

Terdahulu, Aisar telah memuat naik video di saluran YouTube dengan merakam perjalannya menuju ke kawasan perkuburan tempat allahyarham Siti Sarah dikebumikan.

Dalam video tersebut, dia telah membuat give away kepada penontonnya dan nyata membuatkan ramai pihak tidak selesa.

Setakat ini, influencer tersebut telah menurunkan kembali video tersebut dan meletakkan media sosialnya dalam mood private susulan teruk dikecam netizen.

 

Sumber: Ohmymedia & Instagram Sharnaaz Ahmad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *