Luna Maya

Pemilik kedai lapor polis, pelanggan wanita dakwa nasi goreng tiada rasa

Seorang pemilik restoran di Taman Wira Mergong, Alor Setar tampil membuat laporan polis susulan tular video pelanggannya mendakwa nasi goreng Pattaya dimasak premis itu kurang memuaskan.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Menerusi penjelasan di aplikasi TikTok, @ridzuan_abdunloh13 berkata, video luahan pelanggan wanita tersebut secara tidak langsung boleh menjejaskan reputasi restorannya.

Malah berdasarkan video penjelasan dikongsi, @ridzuan_abdunloh13 juga tidak teragak-agak bagi mengambil tindakan setereusnya jika tiada maklum balas daripada pelanggan berkenaan.

Terdahulu, pelanggan tersebut @zirahrc menerusi akaun TikTok miliknya meluahkan kekecewaan apabila pesanan nasi goreng Pattaya secara dalam talian seolah-olah tidak berbaloi dengan harga dibayar.

Malah, @zirahrc sanggup membuat pesanan menu sama untuk kali kedua bagi membuktikan kenyataannya betul dengan melakukan sesi ‘unboxing’ bungkusan makanan dari premis terbabit.

Ini kerana dia dituduh oleh segelintir netizen kononnya sengaja ‘mencari pasal’ apatah lagi video tular itu hanya menunjukkan separuh makanan sudah dijamah.

Kes tular berkenaan turut menarik perhatian warga Twitter dengan memberikan pelbagai reaksi kerana hanya disebabkan nasi goreng, dua pihak saling mencari kebenaran.

Tonton Video Di Bawah:

 

Sumber: TikTok @ridzuan_abdunloh13 & @zirahrc , Twitter @meinmokhtar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *