Luna Maya

“Pergi cari gambar saya berbikini..” Nasha Aziz dedah sesuatu yg mengejutkan ramai

PELAKON dan model Nasha Aziz mendedahkan pernah melarikan diri daripada sebuah uji bakat sebagai pelakon sebuah iklan jenama antarabangsa gara-gara perlu memakai bikini.

Nasha atau Noraishah Abdul Aziz, 51, berkata, dia melarikan diri kerana tidak sanggup tampil berbikini yang turut melanggar prinsipnya sebagai seorang model.

“Ketika itu umur saya baru 19 tahun dan saya dijemput untuk menghadiri satu sesi uji bakat jenama antarabangsa yang popular.

Pelakon ini turut dipilih menjadi muse kepada jenama Muslimah tersebut.

Bagaimanapun kata Nasha, pegangan kuat terhadap prinsip dan rezeki, dia tetap diberi peluang untuk beraksi tanpa perlu memakai pakaian mencolok mata pada ujia bakat itu.

Kata Nasha, pihak klien yang meneliti profilnya tetap berminat untuk mengambilnya sebagai model dan membenarkan dia memakai pakaian lebih sopan untuk menjalani sesi uji bakat.

“Ketika itu saya bernaung di bawah agensi milik Puan Seri Tiara Jacquelina dan dia memberitahu klien sudah melihat profil dan berminat untuk saya menyertai mereka.

“Mereka membenarkan saya memakai kemaja-T dan seluar serta memberi bola dan gelung untuk beraksi.

“Saya buat uji bakat itu dengan bersahaja dan Alhamdulillah seminggu selepas itu, saya mendapat panggilan diterima membintangi iklan komersial tersebut,” imbaunya.

Sejak daripada itu, Nasha percaya dengan bakat dikurniakan kepada dirinya tanpa perlu melanggar prinsip yang dipegang sepanjang bergelar seorang model.

“Sama juga jika saya dijemput oleh Zhang Toi dan Jimmy Choo di New York atau London, saya meletakkan syarat untuk pakaian yang akan diperagakan.

“Bagi saya, kerana bakat yang ada, mereka percaya dengan kebolehan saya dan mahu saya memperagakan koleksi mereka, jadi mereka setuju dengan segala permintaan saya.

“Pergi cari gambar saya berbikini, ada tak? Itu yang membuatkan saya masih bertahan dalam dunia model sehingga ke hari ini,” jelasnya.

Sumber Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *