Luna Maya

“Dia naik van putih..” Kena tekup di mulut, kanak-kanak sempat gigit tangan lelaki tak dikenali luar sekolah

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki menggigit tangan seorang lelaki yang cuba menutup mulutnya ketika dia pulang dari sekolah dekat Rawang, petang kelmarin.

Pelajar Sekolah Kebangsaan Taman (SK) Tun Teja, Rawang, itu dilaporkan didekati seorang lelaki ketika mangsa keluar dari sekolah.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH

Dalam laporan itu juga dikatakan lelaki terbabit kemudian melarikan diri menaiki sebuah van berwarna putih.

Difahamkan semasa kejadian berlaku tiada seseorang pun saksi yang berada di kawasan berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan masih dijalankan.

Beliau berkata, satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat hari ini berhubung siasatan terperinci kes berkenaan.

Beliau turut meminta mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang dilaporkan sehingga siasatan selesai dilakukan.

Antara reaksi netizen:

“Berpesan2 pada anak2..selalu duduk dalam kawasan sekolah hingga ibu bapa atau bus sekolah sampai..jgn keluar dari agar sekolah..semoga sentiasa dlm perlindungan Allah..aamiin” – Noormalah

“Harap PDRM lakukn siasatan lebih terperinci dn jgn ambil mudah kes yg melibatkan perculikan ini…” – Harun

“Ya Allah risaunya keselamatan anak-anak sekarang..lebih Kurang zaman saya sekolah dulu.. zaman kes nurin.. zaman budak2 ramai kene culik. Semoga Allah SWT melindungi anak2 yg jauh daripada pandangan Ibu bapa” – Nadia

“Ibu bapa dah bole kot cadang kat sekolah untuk upah anggota RELA jaga di luar kawasan sekolah. Buat collection setiap bulan. Bila ramai ibu bapa bersatu, tidaklah menjadi beban nak chip in setiap sorang.” – Kushairy

Sumber Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *