Luna Maya

Tak Sengaja LanggarMotor Di Simpang, Pemandu Kereta Terok Kena HempukDengan HeImet

TULAR rakaman klip video di media sosial kejadian pergaduhan yang melibatkan penunggang motosikal berkuasa tinggi menghentak pemandu Perodua Myvi menggunakan helmet.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Turut tular beberapa keping gambar menunjukkan indivdu dipercayai pemandu Myvi berkenaan dalam keadaan muka berlumuran darah dipercayai terbabit dalam pergaduhan berkenaan.

Turut kedengaran penunggang tersebut mengeluarkan kata-kata kesat dan bertindak agresif.

“Motor aku rosak sekarang, aku dah berhenti pun kau langgar,” kata lelaki tersebut.

Rakaman tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada pengguna sosial.

Menurut pengguna Facebook, Eden Kwan mendakwa dirinya sebagai rakan mangsa dan turut berada bersama mangsa di tempat kejadian.

Dia turut mendakwa mereka berhenti sejurus berlaku pelanggaran untuk berbincang.

“Kawan saya berhenti untuk berbincang dengan penunggang tersebut dan melihat keadaan motosikal tersebut namun tidak sempat berbuat apa-apa kerana dia terus dihayun dengan helmet,”

“Saya cuba bantu tapi dia terus bertindak agresif dan cuba mencederakan saya pula,” katanya.

“Komen aku simple pada keadaan skrg ni ramai rakyat kita tertekan dgn keadaan yg xxdpt dikawal so hati2 drive Keta ko rasa KO x bersalah sekalipun elakkan perbincangan jarak dekat sekurangnya ko sempat mengelak. Bagaimanapun mencederakan seseorang samada salah atau betul itu 1 kesalahan ikut lunas undang2 yg ada” – Ahmad

“Alahai…bolih bawak bincang kot.
Kalau ada kerosakan pada moto claim je lah …saja nak tunjuk kuat …Perbuatan sebegini akan membuat diri sendiri akan terjerumus kedlm hotel free.ketika tu menyesal pun tak ada guna.Ikutkan rasa panas baran…terima lah balasan.” – Rohayah

“Alasan xsengaja ni buat hilang rase simpati kt driver king ni..ko dh masuk jln sehala.pastu langgar org kn….akui je kesilapan dr ko.cuma tindakan moto tu belebihan.mudah je hidup ni” – Long

“Skrg kereta motor banyak di jalan raya 1 saat cuai buruk padahnya…tak cedera nyawa melayang atau pun makan helmet…skrg tak usahlah nak terjah terjah .. lampu brek dgn lampu signal nak jelas …kalau tidak bini jadi janda , laki jadi duda anak jadi yatim…ingat 1 saat cuai dijalan raya.. falsafah tentera .NKB ..nasib kurang baik” – Moktar Ahmad

Tonton Video :

Sumber Majoriti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *