KOTA KINABALU – Sebuah kereta Perodua Myvi hanyut ditolak arus deras banjir dalam kejadian di Jalan Kionsom Lama, Inanam petang tadi.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Dua individu yang dipercayai berada di dalam kenderaan terbabit dikatakan sempat menyelamatkan diri dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu.
Detik cemas itu sempat dirakam oleh pemandu yang berada di belakang kenderaan berkenaan sebelum tular di media sosial. Belum ada sebarang pengesahan diterima dari pihak berkuasa setakat ini.
Bagaimanapun, menurut beberapa penduduk sekitar kawasan kejadian mendakwa mangsa yang dikenali sebagai Joseph itu selamat dalam kejadian terbabit.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada pukul 6.01 petang.
“Semoga Allah lindungi mereka tidak kira siapa pun mereka, apa pun agamanya.. Aamiin Ya Allah Aamiin Ya Rabb Aamiin Ya Mujib
Jom sama2 doakan.. janganlah kita komen bukan2 ya.. benda sudah jadi, kita berdoa saja semoga mereka selamat, dan kita pun selamat.. dan hal ini boleh jadi pengajaran untuk kita supaya tidak redah air/banjir..” – khairunnisa
“Jgn paksa limpas…,air banjir itu deras…. bahaya…jadikan iktibar dan pengajaran…doa dan harapan sy semoga selamat juga Org yg ada dlm kereta itu….” – Acai
“mujur aunty ni ada disana dan sempat rakam kejadian, dpt bg petunjuk utk pihak penyelamat..smoga urusan menyelamatkan mangsa dipermudhkn.” – Abu Naim
“Pasukan bomba menggunakan Lori Hicom BHX 619 dikerah ke lokasi kejadian bagi mencari dan menyelamat mangsa. Kita setakat ini masih belum menerima sebarang laporan sama ada mangsa dan kenderaan sudah ditemui atau belum.
“Namun ada laporan di media sosial yang mendakwa mangsa sudah ditemui tetapi usaha mencari dan menyelamat individu terbabit masih giat dilaksanakan,” katanya. – K! ONLINE
Tonton Video di bawah :
Myvi dihanyutkan banjir pic.twitter.com/ChnlCtqNK7
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) September 3, 2021
Sumber video Sabah Info