Luna Maya

Mufti Beri Satu Cadangan Dekat Wanita Hina Islam Buat Ramai Setuju Dan Bagi Sokongan

WANITA yang didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di kelab komedi Crackhouse Comedy Club, Siti Nuramira Abdullah yang sepatutnya didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada pagi Rabu dibebaskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada malam Selasa.

Peguam mewakili tertuduh, Ramesh N. P. Chandran ketika dihubungi mStar berkata, pihaknya mendapat panggilan telefon daripada Jawi memaklumkan Siti Nuramira dibebaskan tanpa jaminan atau bon oleh Jawi dalam tempoh serta merta.

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan kegusaran dan suasana tidak harmoni di atas alasan-alasan agama, di antara orang-orang yang menganut agama yang sama ketika mengadakan persembahan komedi berdiri (stand up comedy) di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada 4 Jun lalu.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi lima tahun.

Dalam video yang tular di media sosial memperlihatkan Siti Nuramira memperkenalkan diri sebagai seorang wanita Melayu Islam serta mengakui menghafaz 15 juzuk al-Quran sebelum bertindak menanggalkan tudung dan baju kurung yang dipakainya.

Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor akan memberi sokongan kepada Siti Nuramira Abdullah, sebagai peserta tilawah al-Quran di mana-mana peringkat yang sesuai sekiranya hafalan Nuramira bagus.

Menerusi laporan Free Malaysia Today, Wan Salim menyerahkan segalanya kepada Siti Nuramira sekiranya mahu bertemu dengannya bagi memperdengarkan bacaan tersebut ataupun tidak.

Cuma saya harap dia tidak lagi mengulangi perbuatannya menghina agama Islam seperti yang dilakukan sebelum ini. Semoga dia berubah menjadi penganut Islam yang baik dan taat kepada hukum-hukum agamanya.

Terdahulu, Wan Salim menjemput Siti Nuramira untuk datang ke pejabatnya bagi mendengar sendiri bacaan 15 juzuk al-Quran. Beberapa hari lepas, Mahkamah Tinggi Syariah tidak mendakwa serta membebaskan Siti Nuramira dengan jaminan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Proses pendakwaan terhadapnya tidak diteruskan kerana melibatkan tuduhan yang sama di mahkamah sivil. Bukan itu sahaja, hukuman yang dikenakan juga lebih berat berbanding mahkamah syariah.

Sumber: Free Malaysia Today, Mstar, Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *