Luna Maya

Momen2 Sayu Terakhir Di HospitaI, Fazley Yaakob Terkilan TakSempat Tunaikan Permintaan Adibah Noor

PERNAH bersaing di pentas program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), penyanyi Datuk Fazley Yaakob antara rakan selebriti yang turut terkesan dengan pemergian Allahyarham Adibah Noor.

RAKAMAN VIDEO DI HOSPITAL ADA DI BAWAH SEKALI

Menurut Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob, dia mengetahui Adibah berdepan masalah kesihatan ketika di minggu pertama GV8.

Masih mengingati kata-kata semangat daripada Adibah, Fazley meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan hasrat arwah untuk datang makan di restoran miliknya.

“Saya terkejut dia kata lagi im not well my dear. Jantung saya jatuh sebab faham apa yang dia cakap. Ada ketika, kami buat satu program, dia kata tak sangka saya dari menyanyi, memasak pula.

“Dia tanya bila kak Dib boleh makan dekat restoran saya sambil lihat saya buat sweet table. Saya dah berjanji nak bawa dia makan selepas GV tapi tak sempat.

Menurut pengurusnya yang dikenali sebagai Todd, Allahyarham sudah lama menghidap kanser, namun perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Dalam pada itu, Fazley memberitahu dia bergegas ke hospital sebaik sahaja mengetahui berita sedih tersebut dan berpeluang untuk melihat jenazah buat kali terakhir.

“Saya tahu dia sakit cuma kami yang diberitahu ini tidak berbicara mengenai keadaannya. Saya tak sangka secepat ini. Saya terus bergegas ke hospital bila dapat tahu.

“Saya berkesempatan naik atas melihat jenazah buat kali terakhir di wad arwah. Saya dan kak Dib semakin rapat ketika di GV tapi sebelum itu pun kami dah rapat.

“Saya anggap dia seperti kakak sendiri dalam dunia seni. Ketiadaannya amat berat untuk diterima sebab terlalu mendadak, ujarnya.

Ramai mendoakan arwah:

Tonton Video :

Sumber Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *