Seorang pengawal keselamatan mengalami kecederaan parah di kepala dan tangan kiri selepas ditetak menggunakan parang selepas menegur seorang lelaki yang menunggang motosikal secara berbahaya dalam kejadian di tapak projek perumahan di Bukit Banyan.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
Menerusi laporan dari Kosmo! mangsa, Ismail Ahmad, 58, yang cedera parah pada kepala dan tangan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan.
Mangsa terus dikejarkan ke hospital selepas mendapati terdapat kecederaan parah di bahagian kepala dan tangan kirinya.
Tambah Zaidy lagi, sebaik menerima laporan itu, pihaknya berjaya menahan dua suspek di kawasan Sungai Petani dan sedang memburu seorang lagi lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.
“Sekarang ni mana2 orng pun susah atau tak mau terima teguran, pakcik….tgkla mana2 pun…kat sekolah, kat 7e, kat pasar, atas jraya…kat media sooosial pun tak boleh ditegur. Akhir zaman ni mmg byk dugaan .” – Hayati
“Kesian pakcik. Semoga cepat sembuh. Yang geng belasah pakcik ni I hope selain Kena hukuman tegas, kamu sakit perut satu hari non stop pegi tandas tapi tandas semua penuh dan flush rosak. Air tidak ada, tisu juga tidak ada. Biar tah* kering macam itu saja tidak dpt cuci”,- Handsome
“Zaman sekarang kalau tegur macam ni lah jadinya. Ambil video kasi viral ja. Nanti polis datang kutip dirumah.” – Mat
“Zaman skrg ni X mcm dulu..jg Hal masing2.x yah sibuk Hal org.bdk dulu dgn bdk skrg lain.xde rasa hormat kt org tua.skrg cikgu pun X bole sentuh anak murid.cikgu pun berani dorg pukul.roadblock polis pun dorg bole langgar ramai2.” – Genzo
“Xpaaaa..mana depa tu nk lari, dlm Malaysia nie rata² tempat ada org kita…skit masa lagi ada la tu nti hak sampai pi b’diri depan depa…tggu dengar ja” – Jasli
SUNGAI PETANI – Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menetak seorang pengawal keselamatan dengan menggunakan pedang sehingga cedera parah dalam kejadian di sini pada 4 Ogos lalu.
Tertuduh, R. Subramaniam, 41, yang melakukan kerja-kerja kampung membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid.
Mengikut kertas pertuduhan, Subramaniam didapati dengan niat menyebabkan cedera parah terhadap Ismail Ahmad, 58, dengan menggunakan sebilah pedang di kawasan pos pengawal
tapak projek perumahan Siera 4, Bukit Banyan di sini pada pukul 4.40 petang, 4 Ogos lalu.
Pertuduhan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan denda atau sebat.
Tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin selain mengenakan syarat tambahan iaitu melaporkan diri setiap awal bulan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda sehingga kes selesai. Dia tidak membayar jamin ditetapkan itu.
Mahkamah kemudian menetapkan 29 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan perubatan penuh mangsa.
MANGSA KES TETAK DI BUKIT BANYAN, ISMAIL BIN AHMAD MENINGGAL DUNIA !
Pengawal keselamatan yang cedera dilibas pada kepala dan tangan kiri menggunakan pedang dalam kejadian di Bukit Banyan, Sungai Petani pada Khamis lalu dilaporkan meninggal dunia.
Menurut laporan BH Online, mangsa Ismail Ahmad menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), kira-kira jam 6 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan kematian mangsa yang berusia 58 tahun itu namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.
Hari ini, seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani atas pertuduhan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) kerana mendatangkan kecederaan menggunakan sebilah pedang terhadap mangsa.
Tertuduh, R Subramaniam mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid sebelum mahkamah menetapkan 29 Ogos depan untuk tarikh jatuh hukum.
Selain itu, tertuduh yang berusia 41 tahun diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri setiap awal bulan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda sehingga kes selesai.
Malah difahamkan, kematian mangsa yang juga seorang pengawal keselamatan itu akan menyebabkan kes berkenaan kemungkinan bakal dipinda mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Terdahulu, Allahyarham Ismail dikatakan menegur tertuduh yang dilihat menunggang motosikal secara berbahaya di kawasan tapak projek sebelum berlaku pertengkaran.
Tertuduh kemudian beredar sebelum ‘membawa’ dua rakan dan melibas sebilah pedang terhadap mangsa sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.