KUALA KRAI – Bekas Ketua Cawangan Pas Kampung Kenor meninggal dunia ketika menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di Masjid Mukim Kenor, di sini, pada Khamis.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Mohd Radzi Ibrahim, 63, secara tiba-tiba rebah ketika rakaat pertama solat di masjid itu pada jam 7.20 malam.
“Saya menghubungi talian kecemasan 999 dan pegawai perubatan yang tiba memeriksa Mohd Radzi mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Sabtu.
Menurut Ahmad Fadhil, mangsa mempunyai sejarah penyakit jantung.
Dalam pada itu, katanya, arwah seorang yang sangat pemurah dan sentiasa berebut membayar harga makanan dan minuman sahabat-sahabatnya semasa di kedai makan.
“Arwah memang solat berjemaah lima waktu di masjid dan setiap hari mengamalkan membaca 40 kali surah al-Ikhlas selain seorang yang sangat berpegang teguh pada janji.
“Kita tidak tahu amalan rahsia arwah hingga membawa kepada kematiannya secara husnul khatimah (mati dalam keadaan beribadat dan pada malam Jumaat),” katanya.
Menurutnya, jenazah lelaki itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah Kuala Krai selepas solat Jumaat.
Tonton Video : SILA KLIK DI SINI
Sumber SH