SELEPAS dua tahun, sebuah restoran popular di Melaka yang pernah tular kembali hangat diperkatakan gara-gara sekumpulan pelanggan didakwa dimaki peniaga di premis itu.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Bagaikan tidak serik, peniaga yang sebelum ini didakwa menghalau seorang usahawan yang juga influencer, kini didakwa pula memperlekehkan pelanggan gara-gara baki lauk yang dijual tidak banyak untuk pengunjung yang datang beramai-ramai.
Susulan kekecohan yang berlaku sehingga mendapat kecaman ramai, anak kepada pengusaha berkenaan menjelaskan situasi sebenar bagi pihaknya kepada mStar.
Mengenai dakwaan berhubung ibunya yang digelar makcik puaka kerana kelantangannya bersuara di hadapan pelanggan, kata Illa, isu tersebut bukanlah perkara baharu.
“Malah sebelum restoran saya viral sebab isu influencer dua tahun lepas memang itu perangai mak saya. Kami bukan baru berniaga, dah berpuluh-puluh tahun.
“Kalau pelanggan yang regular, mereka tahu macam mana perangai mak saya. Daripada mak ayah pelanggan sehingga ke anak mereka memang kenal.
Kami tak mahu mencari masalah dengan orang, cuma manusia ni ada macam-macam perangai, tak boleh puaskan hati semua.
“Dia kata pernah datang ke restoran kami sebelum ini, dia sepatutnya lebih tahu perangai ibu saya. Pada hari kejadian, ada ramai pelanggan lain di dalam restoran, kenapa mereka okay dan tak timbulkan isu?
“Lagipun mak saya bukan maki seperti yang diperkatakan. Dalam video tu pun sekadar perbalahan. Memang mak saya membebel, tapi mak tak mencarut,” tambahnya.
Menurut Illa lagi, dia kesal apabila pelanggan berkenaan sengaja mencari publisiti dengan memburukkan imej dan reputasi bisnes restoran yang diusahakan ibu bapanya sejak lebih 30 tahun lalu.
“Kalau boleh saya tidak mahu memanjangkan isu ini, biarlah dia nak viralkan pun. Cuma saya kesal ia memberi kesan pada imej dan nama baik restoran kami.
“Cukuplah viral dua tahun lepas. Kami sebenarnya tak mahu mencari masalah dengan orang, cuma manusia ni ada macam-macam perangai, tak boleh puaskan hati semua,” katanya.
Pada September 2020, restoran berkenaan pernah tular gara-gara seorang usahawan wanita yang juga influencer didakwa dihalau ketika membuat reviu produk di premis itu.
Menerusi video yang tular, kedengaran beberapa suara yang melarang influencer tersebut mempromosikan produk kecantikannya di restoran mereka, sehingga memaksa wanita itu bertindak meninggalkan premis tersebut.
Orang Melaka bangga konon bahasa dia orang lah paling kasar tapi hakikat nampak macam orang bodoh je kalau guna bahasa kasar tambah-tambah orang tua nampak lagi bangang.
Sebelum ni aku suka makan kat sini, hari ni aku teringin nak bawa family aku dari singapore makan kat sini. pic.twitter.com/MDsLZLLogy
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) June 9, 2022
Sumber Mstar