Meskipun baru berpisah talak satu, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina menjalani rutin harian seperti biasa termasuk melakukan sesi perkongsian ilmu kepada orang ramai.
Rakaman dengan audio lagu Hijrah Cinta dendangan asal Rossa sebelum dinyanyikan semula oleh Wany Hasrita itu kelihatan Mizz Nina beberapa kali mengesat air mata menggunakan tisu.
Ketika dirakam, difahamkan pengasas aplikasi Qalby itu bercerita tentang konsep qada dan qadar dalam program bertajuk ‘A Heart of Stone: The Case of a Hardened Heart and its Cure’ tersebut.
Video dimuat naik di akaun TikTok @ejust4u itu meraih hampir 776,000 tontonan serta pelbagai reaksi netizen terhadap situasi sebak berkenaan.
Menerusi pemerhatian di ruangan komen, ramai netizen menitipkan kata-kata positif kepada Mizz Nina selain berharap agar dia terus istiqamah dan tabah dalam menghadapi ujian Allah SWT.
SHIMA : SEMOGA ALLAH KUATKAN DIA DAN JODOH DENGAN ORG YG LEBIH TERBAIK .. KESIAN TGOK DIA SBB DIA TAK BYAK CAKAP TAPI LEBIH BYAK PENDAM KALAU TGOK DIA NI.
Mia Kharyna : menangislah sepuas puasnye inshaaAllah dengan tangisan tu akan memberi kekuatan pd diri utk meneruskan hidup didunia tipu2…SEMANGAT SIS!
Khatijah : bile air mata tu non stop nk kuar time bercakap meaning ada sesuatu yg terlalu sebak tapi still nk continue sampaikan ape die nk sampaikan..
Untuk rekod, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkahwin dengan penyanyi Noh Salleh pada 2 Julai 2011 namun mengumumkan penceraian pada 4 Ogos lalu.
Selain itu, mereka mempunyai seorang anak angkat bernama Baby Musa yang diambil pada Mac lalu.
Tonton Video : SILA KLIK DI SINI