Luna Maya

Terpalit dengan ‘nahas mat rempit’, lsteri dan kenalan mangsa dedah perkara sebenar

GEORGE TOWN – Tiga penunggang motosikal dilaporkan maut dalam kejadian kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu menghala ke pusat bandar di sini pagi tadi.

PENDEDAHAN ISTERI DAN KENALAN MANGSA ADA DI BAWAH SEKALI

Ketiga-tiga mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada badan dan kepala kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Bagaimanapun, dua penunggang motosikal lagi dilaporkan mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Kesemua mereka dikatakan berusia dalam lingkungan 20-an selain dua daripadanya merupakan adik-beradik.

Ketika ini, ramai sanak-saudara dan kenalan mangsa berkumpul di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang.

Maklumat lanjut berhubung kejadian berlaku akan menyusul sebentar nanti.

Menjengah ke laman facebook MamuJarum, dikatakan identiti ketiga-tiga penunggang tersebut telah dikenal pasti.

Antara reaksi netizen :

“Mati itu pasti….kita pilih lah kita nk kematian tu mcmna insyaallah kita merancang allah sebaik2 menentukn……al fatihah……semoga allah tempatkn mereka2 bersama2 dgn org yg beriman dri apa kebaikn mereka yg lepas2….amin” – Pokchan

“Harap sgt semua dlm ni kalau ada yg nak comment tolong la jaga kata kata jaga perasaan keluarga arwah…. Salah sorsng arwah tu adik dia pun baru ja meninggal tahun ni bulan 3 dan sekarang abang dia..saya mohon jaga la kata2 kita…. Terima kasih semua” – Emilia

“Lebih pada kesian kat ibubapa depa ini la..ssh pyh bg bsq tba2 meninggal dlm keadaan tragik mcm ni..emm..moga menjadi iktibar utk yg lain la..xda faedah pun buat benda2 mcm ni..takat kepuasan dri ni byk benda lain blh buat.. innalillah wa innailaihi rojiun..” – Nur Faiz

“Salam Takziah. Insaflah wahai anak2 muda yg kaki lumba. Ingatlah orang tua kat umah yg menjaga kamu dari kecil hingga dewasa. Sayanglah nyawa2 anda. Sekadar nasihat…” – YusRi

Bapa kempunan lihat wajah anak ketiga

GEORGE TOWN – Penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, Gelugor di sini semalam, tidak sempat menatap wajah anak ketiganya yang dijangka lahir pada ming­gu hadapan.

Norhanazielah Hanazi, 28, berkata, dia tidak dapat menahan kesedihan dan masih terkejut dengan kejadian yang menimpa arwah suaminya, Muhamad Eizreel Muhamad Roszaidi, 25, pada pukul 4.30 pagi semalam.

Wanita itu pergi ke lokasi kejadian walaupun sarat me­ngandung untuk melihat sendiri keadaan suaminya selepas dimaklumkan kejadian tersebut oleh rakan-rakan.

“Lagi bertambah pilu apabila anak-anak berusia lapan dan empat tahun menangis apabila diberitahu bapa mereka mening­gal dunia.

“Saya pula sedang menghitung hari untuk bersalin anak ketiga kami yang dijadualkan pada 27 Julai ini. Arwah yang paling tidak sabar menanti kehadiran cahaya mata ini dan segala kelengkapan sudah siap dibeli,” katanya ketika ditemui semalam.

Norhanazielah memberitahu, arwah suaminya menghantar pesanan WhatsApp pada pukul 2 pagi untuk bertanyakan tentang keadaannya dan anak-anak.

Cerita wanita itu, sejak ke­belakangan ini, arwah mahu sentiasa berdamping dengannya dan anak-anak di rumah.

“Dia sanggup tidak pergi kerja semata-mata mahu membawa kami berjalan-jalan dan makan,” katanya yang membe­ritahu suaminya bekerja sebagai runner.

Rakan kenalan mangsa memuat naik komen tentang mangsa :

Adik mangsa turut memberitahu perkara sebenar yang berlaku

Selain Muhamad Eizreel, turut terkorban dua rakannya iaitu Muhamad Shazwan Hakim Mohd. Abdul Sani, 22, dan Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul, 19.

Jenazah Muhamad Eizreel dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda di Sungai Ara.

Tonton Video :

Sumber Kosmo, facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *