Sempat muat naik status di Facebook sebelum ditidurkan, akhirnya ia menjadi tulisan ‘terakhir’ sebelum pergi buat selama-lamanya.
Begitulah yang dialami Allahyarham Muhammad Hanizam Azman yang meninggal dunia semalam pada usia 30 tahun akibat jangkitan Covid-19.
Hanizam yang lebih mesra dipanggil ‘Angah’ sebelum itu menulis satu ucapan ringkas di laman Facebooknya, Angah Bibh pada semalam.
“Saya akan ditidurkan, maafkan semua,” katanya dalam status terakhir tersebut sebelum ditidurkan bagi menjalani prosedur rawatan Covid-19 selanjutnya.
Pemergian Angah itu ditangisi ramai insan yang mengenalinya. Dalam masa sama, laman Facebooknya juga turut ‘dibanjiri’ dengan ucapan takziah daripada kenalan dan warganet.
Salah seorang kenalan, Azam Reddy mendakwa, pemergian arwah sangat mengejutkannya. Malah sebelum ini, dia pernah sempat bersembang dengan arwah melalui ruangan Chat di Facebook.
“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Walau tak pernah berjumpa tapi ada juga sembang di ruangan chat FB. Terkejut bila baca berita pemergian ni.
“Salam takziah buat keluarga Angah Bibh. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya.
Selain itu, Adiff Sofiyan pula berkata, dia mula bersahabat secara maya bersama arwah sejak lapan tahun yang lalu. Katanya, dia sempat memohon maaf sejurus membaca status terakhir yang dimuat naik arwah.
“Menjadi rakan FB Angah Bibh sejak lapan tahun dahulu, malam tadi beliau post akan ditidurkan kerana COVID-19. Saya sempat minta maaf dan memberi kata semangat.
“Pagi ini dikejutkan beliau telah meninggal dunia. Salam takziah buat seluruh ahli keluarganya dan Al-Fatihah buat Allahyarham,” katanya.
Sementara itu, pengguna Facebook bernama Cda D’Vogue berkongsi, mereka berdua pernah bersahabat rapat dan turut menganggap arwah seperti adik kandungnya sendiri.
“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Pemergian seorang lagi sahabat merangkap adik yang selalu bergurau senda. Macam tak percaya dengan pemergian tapi Allah lebih sayangkan Angah Bibh (Nizam).
“Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah dan doakan untuk arwah. Tenanglah dikau di sana dik. Allah lebih menyayangimu,” katanya yang juga turut berkongsi tangkap layar perbualan bersama arwah di aplikasi WhatsApp sebelum ini.
Mengimbas kembali, semasa hayatnya, arwah merupakan seorang penyanyi dan pernah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan pada 2009 dahulu.
Selain itu, arwah juga pernah dinobat sebagai johan Bintang Asli Remaja kategori lelaki yang dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKNN) Kedah pada 2014 lalu.
Sepupunya, Khairul Hairuzi Osman, 36, berkata, pemerg1an Angah sangat dirasai kerana mereka berdua memang rapat sejak kecil namun dia reda dengan segala takdlr yang ditentukan.
Menurutnya, dia dan Allahyrham tinggaI bersama kerana rumah mereka di Kampung TeIuk Nipah, Kuala Muda berhampiran selain mempunyai lkatan keluarga.
“Arwh seorang yang rajin bekerja, selain menerima undangan menyanyi saya dan Angah juga turut menjalankan perniagaan kedai makan di kampung.
“Malah, arwh juga cukup mesra dengan semua orang dan tldak pernah berklra langsung untuk menghulurkan bntuan sekiranya saya atau rakan dalam kesvsahan,” katanya.
Menurutnya, dia dan Allahyrham ada memelihara seorang anak an.gkat lelaki yang kini berusia dua tahun dan sebelum mninggaI dunia arwh berpesan supaya menjaga anak an.gkat itu dengan baik.
“Arwh yang masih bujang itu anak kedua daripada lima beradik dan semua ahli keluarganya dijngkiti C0vld-19 dengan ada antara mereka masih menjalani kuarntin.
“Semua ahli keluarga sudah dimaklumkan pemerg1annya kecuali ibu arwh kerana dia masih dirwat menggunakan bntuan 0ksigen,” katanya.
Menurutnya, mereka kali terakhlr bertemu selepas dia menghantar arwh yang menga.du tldak boleh bernfas ke HSAH tiga hari sebelum itu.
Semoga Allahyarham Hanizam ditempatkan dalam kalangan roh orang-orang yang beriman. Salam takziah diucapkan. Al-Fatihah.
Sumber: FB Allahyarham Muhammad Hanizam