Setiap pasangan yang bergelar suami isteri pasti menginginkan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga mereka.
Namun, tidak semua pasangan bernasib baik untuk memiliki zuriat.
Walaupun sukar untuk menerima kenyataan ini tapi sebagai manusia kita perlulah berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan-Nya.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Menerusi video yang dimuat naik oleh Novyandi di akaun Instagram, dia memberitahu bahawa setelah hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Akhirnya dia membuat keputusan untuk melakukan rawatan in vitro fertilisation (IVF).
Ketika membuka surat keputusan daripada hasil pemeriksaannya sama ada dia boleh menjalani IVF ataupun tidak.
Wanita berkenaan terkejut apabila doktor telah menyarankannya untuk menjalani proses hysterectomy iaitu proses pembuangan rahim.
“2 bulan lalu masa tengok keputusan test yang menentukan sama ada boleh atau tak buat program tabung bayi.
Masih tak percaya dan mengharap apa yang dilihat itu salah.
Takdir Allah apa-apa pun itu pastu terbaik untuk hamba-Nya. Kami tidak mempunyai kuasa atas diri kami sikit pun ya Allah.”
Bagaikan tidak percaya dengan kenyataan itu, Novyandi membaca surat berkenaan banyak kali sehingga menangis dan suaminya turut memberi kata-kata semangat kepadanya.
Impiannya ingin mempunyai cahaya mata berkecai begitu sahaja.
Walaupun mereka tidak ada rezeki untuk dikurniakan cahaya mata, namun suaminya tetap menyokongnya.
Dan mengatakan bahawa anak itu bukan satu-satunya kunci kepada kebahagian rumah tangga mereka.
“Terima kasih suami yang sentiasa menyokong saya dan selalu menyayangi saya seadanya.
Awak selalu cakap yang anak-anak tu bukan satu-satunya kunci untuk kebahagian kita. InsyaAllah saya baik-baik sahaja.”
Ujarnya lagi, dia sering mengalami senggugut yang agak teruk sejak sekolah lagi.
Dan tujuan dia berkongsi mengenai penyakit yang dialaminya itu adalah untuk dijadikan pengajaran buat wanita di luar sana.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
“Mintak second opinion dari doktor pakar.. Doktoe pakar tak semestinya dari hospital swasta sahaja.
Biar dapat pelbagai pendapat dari beberapa org doktor.
Sbb buang rahim buat emosi wanita sentiasa tidak stabil dan akan bergantung pada ubat mgawal hormon badan dlm jangka masa yg panjang… Ikhtiar dulu cara lain ye..” – Izati
“Saya pun senggugut teruk dari umur 14 tahun. Mengandung 3kali kali bersama2 fibroid ikut membesar sama.
Baby yg ketiga meninggal dalam kandungan sebab fibroid dah kacau janin. Tahun seterusnya buat operation buang fibriod, hampir2 buang rahim sebab pendarahan.
Tapi doktor berjaya selamatkan rahim saya. Setelah 7 tahun berlalu, kini fibroid tumbuh semula 6 biji. Saya redha.
Apa2 pun syukur Alhamdulillah saya di kurniakan 2 boy, 11 & 8 tahun.” – Rozana
“Sy dari sekolah mula dtg period mmg alert pasal period.mmg pstkn period every month dtg ikut shedule.
Pelik rmi ank2 dara yg xksh sbb suka lbh2 lg klu bln puasa sng xpyh gnt posa.
Adik2 kakak2 semua bnd ni semua xblh buat main tau.klu xperiod 3bln pgla check doktor.
Bila da kawen jd camni sedih tau..biarla rawat dari awal..
Semoga yg ttc di beri rezeki yg murah dan yg mengandung pd zmn yg mencabar ni diberi kekuatan dan ketabahan utk kita semua.
Hopefully kes covid menurunla ya Allah..” – Iera Omar
“Kenapa smp nak buang rahim.. Sy pun senggugut teruk walau dah ada anak 2.
Sy ada cyst pd rahim 2 ketulan dah melakukan operat tp sthn lepas operat cyst ada blk 3 ketulan smp la skrg.
Doktor tak saran kan buang rahim.. Cuba hospital lain muking ada cara utk mengatasi sakit puan..” – Samsiah
Tonton Video
8 Thn Nikah, Dah Rancang Nak Buat IVF, Sekali Doc Suruh Buang Rahim pic.twitter.com/EJczqLtwdh
— Viral Malaysia (@ViralMalaysia7) August 14, 2021
Sumber : novyandi