Luna Maya

Tolak Hadiah BMW, Gadis Berusia 21 Tahun Tak Sangka Dapat Miliki Tesla.. Ini Bayaran Yg Dikenakan

Tular di platform TikTok apabila seorang gadis berjaya memiliki kereta elektrik Tesla sehingga menarik perhatian ramai.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Nini, dilihat dia sedang menunjukkan rutin hariannya sebagai seorang pemilik kereta Tesla di Malaysia.

KISAH seorang gadis Malaysia yang memiliki kereta elektrik Tesla meraih perhatian ramai pengguna media sosial.

Baru berusia 21 tahun, sudah pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana dia mampu memiliki kereta itu pada usia yang cukup muda.

Ketika dihubungi mStar, dia yang mahu dikenali sebagai NiniComei menjelaskan kereta tersebut merupakan hadiah daripada syarikat jual beli emas digital yang disertainya sejak tahun 2020.

“Tapi kalau kita dah ada kereta lain, apa salahnya pakai EV? Ia bagus untuk jadi kereta kedua. Kalau tanya antara EV dan kereta biasa yang guna petrol, bagi saya dua-dua seronok. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

“Ketika pertama kali dapat pandu Tesla, saya tak rasa takut, cuma gementar sikit. Masa awal-awal tu tak tahu nak caj di mana, kemudian risau takut bateri tak cukup pula. Tapi Alhamdulillah setakat ini pemanduan lancar, sesuai dengan saya,” ujarnya yang menetap di Ampang.

Bercerita mengenai dirinya, Nini yang juga anak bongsu daripada tiga beradik kini sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah dalam bidang Perniagaan Antarabangsa.

Pada masa sama, Nini berkata dia mula berjinak-jinak dalam dunia pelaburan sejak berusia 15 tahun sehingga mampu menuai hasil yang dimilikinya pada hari ini.

Bagi saya ia sangat menjimatkan minyak. Kalau sebelum ini saya guna Mercedes, tiga hari sekali nak kena isi minyak.

“Saya buat investment dan networking sejak umur 15. Saya juga tubuhkan support team NCTeam sejak tahun 2015 untuk bantu ahli-ahli yang berminat dalam bisnes investment dan networking bersama saya. Selain itu, saya juga mula bekerja dengan sebuah syarikat jual beli emas sejak tahun 2020.

“Sejujurnya saya bukan orang senang. Tak kaya, cuma cukup-cukup makan. Pada umur 15, saya nak sangat iPhone. Ketika sambut hari lahir yang ke-15, ibu bagi saya RM50 sebab dia tak mampu. Bermula saat itu saya belajar invest untuk gandakan duit. Saya banyak try and error,” ujarnya.

Cerita Nini lagi, dia juga pernah berhadapan episod duka apabila kerugian ratusan ribu ringgit apabila menjadi mangsa penipuan pada tahun 2017.

Namun kata Nini, pengalaman lalu banyak memberi iktibar dan dia kini nekad mengejar impian-impian dalam hidup termasuklah mengeluarkan produk kecantikan sendiri tidak lama lagi.

“Selepas menyertai dunia pelaburan, saya sebenarnya nak keluarkan produk kecantikan pada tahun 2017 tapi akhirnya ditipu seorang individu.

“Ada seorang perunding kecantikan nak bantu saya buka bisnes, kemudiannya dia tipu saya hampir RM200,000. Alhamdulillah saya dah menang kes itu. InsyaAllah Ogos nanti saya akan keluarkan produk bersama kakak.

Dulu saya jatuh, ibaratnya sampai berguling. Saya ambil kejadian itu sebagai batu loncatan untuk berjaya. Pada saya, kalau nak ubah hidup, kita kena ada ilmu.

“Pesan saya kepada mereka yang nak buat bisnes, jangan abaikan pelajaran. Ibu pun selalu pesan begitu kepada saya,” ujar Nini yang pernah tersenarai sebagai pelajar terbaik ketika belajar di peringkat diploma.

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *