Luna Maya

Video: Susulan Tularnya Video Instafemes Hiina Wrga Emas, Ini Reaksi “Malek KL Gngstr” – Jgn Jatuhkan Mruah Semngat Pndirian Org

Walau siapa pun kita, adab dan tutur kata haruslah dijaga lebih-lebih lagi jika berhadapan dengan mereka yang lebih berusia.

Mungkin mereka pernah melakukan kesilapan dalam hidup, namun tidak perlulah kita mengungkit atau mempermalukan mereka di khalayak ramai andai hal tersebut boleh mengguris hatinya.

Marah orang tua di khalayak ramai

Namun begitu, menerusi perkongsian seorang pengguna di Twitter yang memuat naik perkongsian dari seorang usahawan dan juga influencer, jofliam.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Ini apabila dia membuat posting di IG story dengan menunjukan satu video seorang influencer lain memarahi orang tua di depan orang ramai.

Dalam perkongsian tersebut, dapat didengar dengan jelas influencer dan juga usahawan  berkenaan bertanya kepada seorang warga emas berkenaan kehidupannya dahulu.

Dia sempat mengajukan soalan sama ada pakcik tersebut menyesal ataupun tidak dengan apa yang dilakukan ketika muda.

Perkongsian tersebut dilihat sebagai kurang ajar kerana dia bercakap dengan orang yang lebih berusia dan bukannya adik atau anaknya.

Tengah bercakap dengan orang tua, bukan dengan adik

Jadi, influencer yang menggunakan nama jofliam telah menyuarakan rasa geramnya melihat individu tersebut memarahi pakcik berkenaan.

Ia sehingga warga emas tersebut tidak berkutik dihadapan orang ramai.

Jadi, disebabkan jofliam juga merupakan seorang usahawan, dia menjangkakan semua ini adalah strategi dalam perniagaan.

Dan dapat mengagak tindakan seterusnya yang bakal diambil oleh influencer tersebut nanti.

Jofliam juga kesal dengan tindakan influencer terbabit yang senang-senang bermain dengan maruah orang lain lebih-lebih lagi dengan orang susah dan juga warga emas.

Viralnya video itu mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk aktor terkenal Aaron Aziz yang memuat naik status di Facebooknya meluahkan rasa kesal terhadap tindakan influencer itu memalukan wargaemas dikhalayak ramai.

Salam brader. Lu Kalau nak tolong orang Jangan nak korek corek kisah silam siapa siapa. Gua tak tahu la lu siapa Tapi jaga lu punya adab.

Diaorang gelandangan, pnagih ke, pengemis ke lu Kalau nak buat kerja Kebajikan this is not the fkin way.

Jangan jatuh kan maruah orang, semangat orang, pendirian orang, nasib orang. Kalau lu rasa lu di hantar Tuhan utk ‘tolong’ orang susah skrg ALLAH juga boleh kasi lu susah. Kasi lu ingat sikit….

Post yg dimuat naik di page Aaron Aziz itu telah mendapat perhatian dari netizen yang turut meluahkan perasaan geram terhadap influencer tersebut.

Sumber Aaron Aziz

Dalam perkembangan yang berkaitan, Yana Samsudin & Selebriti Lain Mengecam Tindakan Intafemes yg Hiiina Seorang Pakcik, Turut Ingin Mencari Pakcik Tsebut

MELIHAT kepada video pendek membabitkan seorang pengasas produk kecantikan meninggikan suara kepada seorang warga emas sudah cukup membuatkan orang ramai panas hati.

Pelakon Yana Samsudin antara yang bengang dengan kelakuan lelaki berkenaan kerana dilihat seolah-olah tidak tahu tentang adab ketika bercakap dengan orang yang lebih berusia.

“Saya tak kenal dia… macam biasa saya scroll Instagram nak tahu perkembangan hari ini dan nampak pula video tersebut.

“Saya memang marah sangat sebab bagi saya apa yang dia buat itu agak kasar dan biadab… tak sepatutnya seorang pakcik diperlakukan sebegitu rupa.

“Walau siapa pun kita, tak kiralah penceramah ke ahli perniagaan ke… kita kena tahu adab kalau nak bercakap dengan orang,” katanya ketika dihubungi mStar.

Video yang dimuat naik Sherry Ibrahim di Instagramnya.

Yana turut menambah lelaki tersebut perlu tahu cara-cara untuk berinteraksi lebih-lebih lagi sekiranya dia adalah seorang yang dikenali ramai.

“Mungkin dia buat sesi motivasi, memang boleh nak bertanya kepada audience dia… tapi cara dia berinteraksi itu tak kena.

“Dia boleh rendahkan intonasi dia, bukannya tanya macam nak pergi berperang. Sebagai contoh, boleh je kalau dia cakap, ‘minta maaf pakcik saya nak bertanya ni’. Itu lebih manis.

“Kasihan saya tengok pakcik itu diperlakukan macam itu. Saya harap benda ini jadi iktibar untuk semua orang agar sentiasa jaga adab,” katanya.

Saya memang marah sangat sebab bagi saya apa yang dia buat itu agak kasar dan biadab.

YANA SAMSUDIN
PELAKON

Terdahulu, pelakon Sherry Ibrahim berkongsikan sebuah video menunjukkan lelaki yang dipercayai usahawan produk kecantikan bercakap dengan nada tinggi dan mempersoalkan tentang masa silam seorang lelaki warga emas semasa menjalankan satu sesi motivasi.

“Menyesal tak masa muda dulu tak buat betul-betul? Banyak main-main, tak buat betul-betul… malas, menyesal tak?” soal usahawan itu kepada warga emas berkenaan dalam nada tinggi di hadapan orang ramai.

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 37, turut meninggalkan komennya menerusi entri tersebut kerana sedih melihat air muka warga emas yang seusia bapanya itu.

“Ayat tu boleh elok sikit… Ya Allah, pakcik tu dah macam ayah aku… sangat biadab!” tulisnya.

Yana sedih lihat warga emas diperlakukan seperti itu.

Yana Turut memuat naik status di facebook beliau untuk mencari Pakcik tersebut.

Selain Yana, beberapa selebriti tempatan turut mengecam tindakan biadab lelaki tersebut.

“Eh dia punya dabik dada… kenapa tak ambil emak ayah dia sendiri ganti tempat pakcik tu? Baru senang sikit, sudah hina orang” tulis Shakilla Khoriri.

“Sebab itu orang cakap adab ini tak ternilai, orang banyak duit belum tentu boleh beli abab,” kata penyampai radio, Raden.

“Allah boleh tarik nikmat rezeki yang diberikan bila-bila masa je. Ini terjadi apabila dah rasa diri tu hebat sangat. Hilang respek, duit tak boleh beli adab” kata Uyaina Arshad.

Lagi komen dari selebriti

Tonton Video :

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.