Foto sekadar hiasan. Nama aku Aril. Of course bukan nama sebenar. Seorang suami dan soon akan jadi bapa. Aku tak tahu nak meluah kat sesiapa sebenarnya, jadi aku meluah kat sini jelah.
Aku tak reti sangat nak bercerita sebenarnya tapi aku cuba sampaikan sebaik mungkin apa yang aku nak luah ni okay.
Aku seorang suami. Dah 3 tahun kahwin. Nama isteri aku Sara. Walaupun kitorang dah 3 tahun kahwin, baru tahun ini kami bakal dikurniakan rezeki anak. Isteri aku pregnant dah 4 bulan.
Wanita tu tak nak. Dia nak dari kedai aku jugak. Mengidam katanya. Anak dalam kandungan dia nak makan katanya.
Walaupun jauh, aku hantarkan juga pada wanita tu sebab bos aku cakap kalau orang mengidam nak, hantarkan je. Kesian kat dia nak makan.
Ok berbalik kepada mengidam isteri aku yang aku tak boleh tunaikan ni. Cuba teka dia mengidam nak apa? Nak peluuk rimau? Tettt salah.
Nak cheese dari restoran pergunungan Matterhorn? Tettt salah lagi. Nak selfie dengan Kendall Jenner? Lagilah salah.
Dia nak bau ex dia weh. Ya, korang tak salah baca. Dia nak bau ex dia. Nak bau perfume ex dia.
Aku tergamam kejap bila dia cakap macam tu. Aku tak marah atau cakap tak boleh tapi aku diam kejap dan rasa macam “apa punya permintaan dia minta ni” ha macam tu.
Aku pun perfume collector. Tom Ford Oud Wood, Creed, Eros, Giorgio Aqua semua tu aku ada. Aku suruh dia bau satu-satu dan cam balik macam mana bau ex dia kat perfume-perfume aku tu. Dia cakap takde satu pun sama.
Ha sudah macam mana aku nak buat ni. Sara pun tak tahu apa perfume yang ex dia pakai tapi dia tahu baunya macam mana. Jadi aku agak buntu nak cari perfume tu macam mana.
Setiap kali dia minta untuk bau perfume ex dia, aku kalih topik lain. Ajak keluar makan ke, ajak keluar tengok barang baby ke walaupun keluar sahaja tapi tak beli sebab aku pun tak tahu nak cari macam mana. Tapi setiap hari dia asyik meminta.
Of course sebenarnya aku terasa. Selalunya mengidam nak bau suami. Nak selalu bersama suami tapi kalini dia nak bau ex dia. Dah dua tiga kali aku bawa dia ke Sephora atau Victoria untuk ambil bau perfume kat situ. Takde yang sama katanya.
Lastly, aku cakap aku tak boleh tunaikan permintaan dia. Kesudahannya mencebik lah bibir dia merajuk dengan aku. Berhari-hari jugak lah hubungan kitorang dingin.
Lepas dari tu, aku mengalah. Aku bagitahu dia suruh contact balik ex dia dan tanya dia pakai perfume apa. Sara taknak. Dia cakap awkward kalau tiba-tiba contact semata nak tanya perfume.
Kesudahanya aku suruh dia jumpa ex dia tu. Kononya nak pulangkan something yang ex dia bagi. Gigihlah cari barangan yang ex dia bagi dulu. Nasib baik ada sehelai baju yang ex dia bagi dulu yang tersimpan.
Kitorang pun pergilah jumpa dengan ex Sara. Bawa sehelai baju tu sebagai alasan. Aku of course ada sebagai peneman walaupun dalam hati dah terb4kar ni.
Sampai je kat situ, kitorang pulangkan baju dan aku bagitahu Sara untuk hirup udara kat situ sepuasnya. Ambil bau perfume tu sepuas hatinya sebab selepas ni dah takde dah permintaan macam ni yang akan aku tunaikan.
Yang peliknya aku tak bau apa-apa pun kat si ex Sara ni. Yang aku bau adalah vendor Auntie Anne. Semerbak bau roti dia.
Tu jelah luahan aku. Jujur mustahil kalau aku tak rasa apa-apa. Aku jealous kot. Lagi pula, si Sara ni kalau gduh dengan aku dia asyik compare aku dengan ex dia. Walhal aku tak pernah pun cerita pasal ex aku kat dia sebab nak jaga hati dia.
Sebut nama pun tidak. Yang dia ni bagaikan dah buat presentation biodata ex dia kat aku. Dia tak pernah nak bau aku tapi dia minta untuk bau ex dia. Fikiran aku dah bercelaru dah masa tu.
Syaitan dah mencucuk dah aku untuk fikir yang bukan-bukan. Yelah, aku ni sebenarnya bukan first choice dia pun masa kahwin dulu. Si ex dia niha yang first choice tapi tak kesampaian.
Aku faham kalau mengidam nak makan itu ini apa semua. Tapi kalau mengidam yang libatkan masa lalu dan ex ni aku agak sangsi. Adakah benar-benar mengidam atau sekadar…Entahlah taknak aku fikir bukan-bukan.
Kepada k4um hawa, mengidam-mengidam jugak. Hati perasaan pasangan tu tolonglah jaga sekali. Kitorang kalau boleh nak buat yang terbaik untuk korang tapi bila benda macam ni berlaku, p4tah semangat oiii.
Ini antara reaksi netizen.
Akrina.Mmg kdg masa pregnant ada masa kita nak sgtt sesuatu perkara tu..tapi masa tu la kita guna akal yg Allah bagi..jgn sampai akal tewas pada nafsu..benda mengidam yg mengarut2 ni kalau tak dapat pon, anak tetap akan keluar dari perut bila sampai waktu nanti
Masa awal2 kawin ni la kita kena set boundaries dgn partner..boleh nak layankan satu sama lain punya perangai tapi jangan sampai lebih had..lagi pulak nak compare2 dgn ex..cuba kalau laki yg bukak cerita lama, mau bini bungkus2 baju balik rumah mak bapak
Berpada2 lah dalam melayan isteri ye dan slow2 didik isteri..tak puas hati bagitau la bini tu jgn simpan dlm hati, nnt dia fikir semua ok je walhal laki tgh memendam rasa..semoga isteri dipermudahkan urusan bersalin dan selamat menjadi bapak..
Faizura.Ni adalah jenis mengidam yang nak kena “Hempuk biar menggelupor ny4wa”
Ambik kesempatan betul dengan mengidam, padahey nak jumpa Ex
Yanie.Bila wife buka cerita ex dia, terus tuan buka cerita ex tuan. Tengok dia cool ke tak. Kalau tak cool, boleh la bagi sedas biar dia pun beringat jangan nak menyebut ex dia je.
Mengidam pun mengidam juga, tapi jangan sampai hilaang waras.