Luna Maya

Selamat Jalan Sayangku.. lsteri MeninggaI Dunia Kereta Dirempuh 4×4 Hilang Kawalan

SEREMBAN – Seorang wanita maut selepas terlibat dalam nahas dua buah kenderaan di Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Bukit Putus di sini malam tadi.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Mangsa, Nurfurqan Norazmi, 22, beralamat di Felda Serting Hilir 4, Bandar Seri Jempol meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di badan.

“Ketika di lokasi kejadian datang sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang dipandu seorang lelaki berumur 34 tahun seorang diri

dari arah Kuala Pilah menuju ke Seremban telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kenderaan jenis Perodua Viva terlibat.

“Akibat kemalangan, kedua-dua mangsa telah tersepit dan dikeluarkan oleh pihak bomba yang hadir di lokasi kejadian.

Namun begitu mangsa pemandu Perodua Viva yang mengalami kecederaan parah di bahagian badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu sebuah lagi kenderaan mengalami kecederaan parah di bahagian kaki,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Nanda, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban bagi pengendalian bedah siasat.

“Pemandu kenderaan pacuan empat roda pula dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk menerima rawatan. Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

Sumber Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *